Masih berpendapat vape selamat dan boleh menghilangkan ketagihan merokok? Mungkin kisah Wan Muhamad Amirul ini boleh menjadi teladan buat anda. Berkongsi dalam satu posting di Facebook, Wan Amirul berkata, sebagai perokok tegar, beliau terpedaya dengan kata-kata bahawa vape boleh membantunya menghentikan tabiat itu. Jadi, beliau beralih kepada vape dan Caliburn.
Bagaimanapun, beliau sebaliknya ketagih dengan vape pula. Lebih malang, akibat tabiat baru itu tonsil beliau mulai membesar dan mengalami jangkitan kuman seterusnya menyebabkan ketumbuhan dalam hidungnya. Doktor pakar mengesahkan punca daripada jangkitan dan ketumbuhan itu adalah rokok dan wap air daripada vape. Akhirnya, beliau terpaksa dibedah dengan kos pembedahan mencecah RM20,000! Beliau yang sebelumnya sering mempertahankan vape sebagai selamat kini berpendapat ia sama bahayanya dengan merokok. Menunjukkan beberapa gambar cebisan tonsil yang dibedah, beliau berharap rakan-rakannya mengetahui bahawa vape bukanlah cara terbaik untuk berhenti merokok. Persoalannya, sejauh manakah kisah-kisah seperti ini akan dijadikan teladan oleh kaki vape? Perlukah regulasi mengenai rokok elektrik diketatkan di negara kita? - CARI
|
4
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
supernaturalee replied at 3-6-2020 01:54 AM
Hampir2 jgk nk kena bedah buang tonsil
Lps dr dh kata gitu xpi dh check
Klu operate bdn rsnya ok ...
Blueberri replied at 3-6-2020 09:21 AM
tapi boleh kurus khennn
iols pun ada tonsil belum operate, kalau operate harap blh kurus :lo ...
ADVERTISEMENT