"Wann adalah Wann. Aura anda tetap ada walau apa juga lagu. Saya terhibur!" Itulah yang dikatakan oleh juri jemputan minggu ketiga bagi program Gegar Vaganza 6, Datuk Rizalman terhadap persembahan penyanyi Wann.
Ramai yang ternanti-nantikan persembahan daripada Wann untuk minggu ketiga dengan tema 'Aneh'. Mendendangkan lagu OST Puteri Gunung Ledang, Asmaradana membuatkan ramai kagum dengan vokal unik Wann. Ia sekaligus melonjakkan Wann di tangga ke-3 terbaik pada minggu ini dan mendapat pujian ramai.
Malah, menerusi IG dapat dilihat pujian membanjiri ruang komen laman sosial itu. Ada juga yang menganggap nyanyian Wann untuk lagu Asmaradana cukup power dan lebih sedap daripada penyanyi asalnya. Wah! Lihat sendiri seperti komen di bawah: Pada malam itu juga, penyanyi asalnya Puan Seri Tiara Jacquelina turut hadir memberikan sokongan kepada Wann. Memang hebat betul penangan Wann kan? - CARI |
ADVERTISEMENT