Jika minggu lalu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendedahkan bagaimana baginda mempunyai hubungan 'diplomasi' dengan Perdana Menteri Singapura menerusi air tangannya sendiri, sambal belacan.
Terbaru, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong melahirkan rasa penghargaannya buat Raja Permaisuri yang menyediakan sambal belacan kepada keluarganya sejak sekian lama. “Terima kasih atas kesudian dan kebaikan Raja Permaisuri Agong, menghantar kepada bapa (dan saya) sambal belacan sungguh istimewa sejak sekian lama ini!,” kata Lee dalam laman Twitternya.
“Saya berharap Raja Permaisuri gembira menghasilkannya seperti mana kami menikmatinya!,” katanya lagi, sambil memasukkan emoticon senyum. Ramai berasa kagum kerana 'diplomasi sambal belacan' ini secara tidak langsung menambah erat hubungan kedua-dua negara. Terdahulu, Tunku Azizah menerusi Twitter miliknya menyatakan baginda pernah menjadi 'pembekal rasmi' sambal belacan kepada mendian Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura ketika itu. - CARI
|
dua_chzy replied at 29-10-2019 03:23 PM
Patik berharap Tuanku Permaisuri boleh perbaiki lagi gaya penulisan. Dibandingkan dengan gaya PM Lee ...
ADVERTISEMENT