Wanita yang mendapatkan rawatan di klinik pergigian kerana mengalami masalah gusi meninggal dunia selepas doktor mencabut 10 batang giginya. Menurut Harian Metro yang memetik laporan Majlis Pergigian Awam yang disiarkan baru-baru ini, doktor mengesahkan Magzine Gordon, 48, sudah meninggal dunia selepas mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kediamannya pada 19 Julai tahun lalu.
Difahamkan, wanita itu bertemu Dr Tushar Patel di sebuah klinik pergigian di Brixton kerana mengalami masalah gusi dan doktor terbabit mencadangkan Magzine mencabut gigi dan menggantikannya dengan gigi palsu. Ketika rawatan, dia memaklumkan ada mengambil ubat pencair darah kerana menghidap masalah jantung. Pada 13 Julai, Patel mencabut lima gigi Magzine dan lima lagi pada 18 Julai. Patel bagaimanapun dikatakan tidak menampal atau merawat luka mangsa dengan baik.
Keesokannya, Magzine ditemui terbaring di rumahnya dalam keadaan berlumuran darah oleh adiknya. Laporan itu menyebut, Patel sepatutnya hanya boleh mencabut tiga gigi pesakit pada satu-satu masa. Malah, dia turut didakwa gagal menilai risiko berdasarkan keadaan kesihatan mangsa. Berikutan itu, lesen Patel digantung selama setahun oleh Majlis Pergigian Awam. - CARI
|
Perawankota replied at 29-10-2019 02:10 PM
Antara sbb aku takut nk p jumpa Dr gigi
Artemesiaa replied at 29-10-2019 01:25 PM
Siapa sangka cabut gigi pun boleh bawa maut
Perawankota replied at 29-10-2019 02:10 PM
Antara sbb aku takut nk p jumpa Dr gigi
MissLana replied at 29-10-2019 02:41 PM
kejapnya gantung setahun lesen dentist tu, org mati kot pikir logik akal mmg sakit pun cabut gigi tu ...
Buritan replied at 29-10-2019 02:13 PM
Doc ipesss fobia aku... huwaaa
isseliparjepun replied at 29-10-2019 02:47 PM
Sakit beranak bole makan lagi u lepas bersalin tu. Sakit gigi takleh makan u. Haha i pernah cabut ...
ADVERTISEMENT