Wah, Cepatnya! Pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand, 29, mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang pada 3 November ini! Memetik Harian Metro, pernikahan Sarah dengan jejaka kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, akan dilangsungkan di masjid berhampiran kediaman keluarganya di Lembah Keramat. Katanya, mereka buat keputusan bersama untuk membina mahligai bahagia selepas lapan bulan berkawan rapat. "Sebenarnya, saya dan Otto kawan lama yang terpisah ketika sama-sama menuntut di sekolah tinggi di Amerika dulu. "Saya bertemu semula dengannya ketika melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat awal tahun ini. "Namun, kami kembali berkawan rapat sejak Februari lalu selepas hubungan saya dengan bekas kekasih berakhir," katanya.
|
cicicumel replied at 29-10-2019 03:11 PM
bad boy ni. tatoo penuh.. muslim convert ke heshe?
mimi77 replied at 29-10-2019 03:14 PM
uols stalk ig heshe ka?mana tau penuh tatoo?
beta_carotene replied at 29-10-2019 03:09 PM
Wajah hala2 ke bumiputra etnik borneo gitu kan.. Mcm kawan bidayuh meols gitah paras wajah.. Congrat ...
mimi77 replied at 29-10-2019 03:14 PM
uols stalk ig heshe ka?mana tau penuh tatoo?
ADVERTISEMENT