Siapa sangka kuku yang dipotong boleh dijadikan sebentuk cincin berlian? Bukan cincin biasa-biasa, malah cincin ini akan digunakan seorang lelaki ketika melamar kekasihnya.
Daripada membelanjakan sejumlah besar wang untuk membeli cincin, lelaki ini memilih untuk menghasilkan sebentuk cincin daripada kukunya yang dipotong. Hasil titik peluh dan kesabaran tinggi yang menghasilkan sesuatu yang lebih istimewa! Menurut Mirror yang memetik laporan South China Morning Post, seorang lelaki dari Jepun memuat naik video di saluran YouTube di bawah nama Kiwami Japan. Menerusi video itu, dia menunjukkan proses dari awal penghasilan cincin berkenaan dari mengumpul kuku yang dipotong selama 365 hari hinggalah proses menghasilkan barangan kemas yang menakjubkan, siap dengan berliannya sekali! Nah, lihat sendiri prosesnya. Macam mana, cantik tak? Bagaimanapun, menerusi ruangan komen ramai yang rasa terganggu dengan video berkenaan. Anda pula, kagum atau tidak? - CARI
|
ADVERTISEMENT