CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aib, Restoran Kantoi Rupanya Tawar Servis 'Berahi'

1-11-2019 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3593| Komen: 5

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Sebuah restoran yang menawarkan kegiatan haram dengan 'menyajikan' gadis pelayan pelanggan (GRO) dibongkar pihak polis malam tadi. 


Memetik laporan Sinar Harian, menerusi Op Noda itu, restoran yang terletak di Pandan Indah itu dikatakan menawarkan persembahan pelayan warga asing di atas pentas disediakan untuk tatapan pelanggan. 

Malah, para pelanggan berpeluang memakaikan kalung kepada gadis yang mereka pilih. 

Kredit foto: Sinar Harian

Kalung bunga yang mempunyai tanda harga atau duit tip itu diberikan mengikut kemahuan mereka kepada gadis pelayan tersebut, menurut Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Selangor. 


“Sekiranya pelayan wanita dipakai dengan kalung RM100, bermaksud pelanggan memberikan tip sebanyak RM100, namun ia bergantung kepada persembahan atau pertunjukan gadis yang dipilih," kata Deputi Superintendan Azmi Syukor.

Dalam operasi itu, seramai 11 wanita membabitkan 10 warga China dan seorang Myanmar ditahan bersama tiga lelaki pekerja warga Bangladesh.

Gambar hiasan. Kredit foto: tribunnews


"Polis turut menahan tiga warga tempatan termasuk dua wanita yang berperanan sebagai pengurus dan pekerja selain merampas pelbagai barangan seperti peralatan audio, jubah, selempang, kalungan bunga dan mahkota.

"Semakan juga mendapati restoran terbabit beroperasi tanpa lesen hiburan dan pernah dua kali diserbu sebelum ini kerana dipercayai turut menawarkan khidmat seks bergantung kepada jumlah bayaran yang dikenakan," katanya. - CARI 

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 1-11-2019 04:49 PM
China lagi
Quote GigaMom 1-11-2019 05:08 PM
Prc vs paki versi zina
Peh hinanya
Quote nono86 2-11-2019 08:11 AM
Betui la tu. Restoren tempat jamu selera. Tak kisah le selera atas ke, selera bawah ke dah kalau lapar kena la jamu.
Quote Pamelaloba 3-11-2019 08:36 AM
Taste pulak kat spesis berak kencing tak cebok ni. Yekkk
Quote beatgirlX 3-11-2019 09:17 AM
Kawasan tu mmg bukan dr dulu lubok ke?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.053891 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top