CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disuruh Berpuasa Selama 12 Jam, Ibu Bapa Dari Malaysia Didakwa Dera Anak Di Norway

1-11-2019 05:17 PM| Diterbitkan: Kalel| Dilihat: 13442| Komen: 130|Original author: kalel

Pasangan dari Malaysia, Hairi Muhamad dan Norliha Khamis, kini sedang menghadapi perbicaraan di Norway atas pertuduhan mendera anak mereka.


Dipetik dari laman FMT , pertuduhan itu disahkan oleh Kementerian Luar Kedutaan Malaysia juga telah menghubungi pasangan berkenaan dan memberikan bantuan khidmat konsular selaras peruntukan Konvensyen Vienna 1963. 


Foto: FB

Sejak Mei lepas, Hairi, 42, yang bertugas sebagai pakar kimpalan dan Norliha, 42, telah hilang hak penjagaan ke atas lima anak mereka yang berusia empat dan 16 tahun selepas disiasat oleh pihak berkuasa disana.


Menurut laporan, salah seorang daripada anak pasangan itu telah ditegur oleh gurunya kerana letih berpuasa, dan memaklumkan dia tertekan kerana berpuasa lama (melebihi 12 jam). 


Guru terbabit mungkin beranggapan bahawa kanak-kanak ini didera seterusnya membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan kanak-kanak.


Untuk rekod yang di buat oleh Morocco World News, negara-negara Nordic biasanya akan berpuasa lebih lama, seperti Denmark (18 jam), Sweden dan Norway (19 hingga 20 jam), manakala Belanda, Belgium, Jerman dan Sepanyol pula kira-kira 16 jam.  - CARI 


Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote natrahn 1-11-2019 05:22 PM
Aduhai... puasa tuntutan agama.. macam mana nak counter perkara ini dengan undang-undang mat salleh... hmmm
Quote Nana_Man 1-11-2019 05:27 PM
Doakn semoga keluarga ni bersatu kembali... baca kat artikel lain yg anak2 dijaga oleh non-muslim families skrg...kalau aku jd parents tu, sedih sgt.
Quote sarah82 1-11-2019 05:34 PM
Dah ada 2 thread topik yg sama semlm.
Quote Itzy 1-11-2019 05:50 PM
Mungkin anak dia tak kuat kot nak puasa. Yang mengadu tu umur berapa ya? Kalau kecik lagi cam 6-10 tahun tu elok la beri kelonggaran. Kesian budak2 lagi. Tak kuat nak tanggung lapar. Tegas teruk sangat, anak2 pula kuat rajin mengadu. So cikgu2 kristian ni nak ambik kesempatan je bukannya nak kesian prihatin ke apa. Ambik kesempatan la nak pecah belahkan keluarga orang islam. Tak pasal2 nanti anak2 dia dijaga oleh non moslem. Padan muka budak2 tu kaki mengadu sangat. Haa rasakan
Quote moks 1-11-2019 05:54 PM
Itzy: Mungkin anak dia tak kuat kot nak puasa. Yang mengadu tu umur berapa ya? Kalau kecik lagi cam 6-10 tahun tu elok la beri kelonggaran. Kesian budak2 la ...



Budak kecik tak wajib puasa. Mak bapak pun, kalau nak ikut ajaran islam pun berpada lah. Yang tak wajib jgn kau wajibkan. Islam tu kan mudah. Konon demi nak mengajar anak erti kesabaran. Adalah sebab Allah bagi kelonggaran kepada kanak. Ishhhh geram!
Quote MenteriWanita 1-11-2019 05:56 PM
Puasa wajib tu time Ramadhan boleh lah nak sembang, puasa sunat untuk yang mampu sahaja, budak2 dengan aktiviti yang memerlukan tenaga sepanjang hari kau nak paksa dia puasa sunat buat apa, bukan macam kau orang dewasa duduk dalam aircond ja,

Ibadah kalau dah sampai menyusahkan dan merumitkan dia bukan ibadah dia jadi bodoh nama nya, nak beribadah pun kena susun elok2 lah tatacara dia sesuai aktiviti seharian anak2, baru nampak muslim yang bijak, ini tidak time anak ada sukan ada aktiviti luar kelas disuruhnya puasa, letih lah budak tu, nak belajar tak boleh nak fokus gagal, hilang ilmu dan keseronokkan sepanjang hari,

Aku yang dewasa ni kalau nak puasa sunat pun check dulu jadual aku, isnin dengan khamis kalau boleh set tak nak jumpa client, kalau diajak makan lunch takdan aku nak mengaku puasa, jadi aku setup siap2 betul jadual sampai jadi, aku nak ibadah dengan tenang dan jauh dari prasangka yang agama kita ni buruk,

Apatah lagi nak tahajud, esok nak cuti, atau tak ada meeting pagi, malam nya baru balun tahajud, pernah kawan aku tahajud isnin malam, pagi selasa ada meeting, mata merah berair mengantuk semua, client ingat dia hisap dadah, menampakkan agama kita buruk disitu, padahal kita yang gagal total menyusun cara kita nak ibadah dengan betul, sekian kemarahan aku yang membuak2 terhadap hal ini.
Quote white_musk 1-11-2019 05:56 PM
moks replied at 1-11-2019 05:54 PM
Budak kecik tak wajib puasa. Mak bapak pun, kalau nak ikut ajaran islam pun berpada lah. Yang  ...

MELENTOR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
Quote Kurex 1-11-2019 05:59 PM
Best sngat ke duduk negara kokesen kalau nak beramal pun payah?
Quote ultra78 1-11-2019 06:04 PM
Bila bermastautin di negara orang maka kena la aware dengan undang-undang negara tersebut. Kalau masih budak-budak bagi berbuka aje lepas 12 jam. Kalau sampai 18 jam, bukan setakat budak, bapak budak di Malaysia pun mengadu tak tahan.
Quote moks 1-11-2019 06:05 PM
MenteriWanita replied at 1-11-2019 05:56 PM
Puasa wajib tu time Ramadhan boleh lah nak sembang, puasa sunat untuk yang mampu sahaja, budak2 deng ...

Betul tu. Ni ahkak setuju.
Quote TravellingBear 1-11-2019 06:08 PM
Itzy replied at 1-11-2019 05:50 PM
Mungkin anak dia tak kuat kot nak puasa. Yang mengadu tu umur berapa ya? Kalau kecik lagi cam 6-10 t ...

Ikut benang semlm, yg ngadu anak sulung... umur 17 tak silap
Quote MenteriWanita 1-11-2019 06:11 PM
moks replied at 1-11-2019 06:05 PM
Betul tu. Ni ahkak setuju.

Benda simple je kan, semua orang nak masuk syurga, semua orang nak pelihara agama dalam diri, tapi kena ada cara yang betul, mana boleh main balun suka hati, semua benda kena rancang ikut keperluan dan ketahanan diri,

Kalau dah sampai menganggu aktiviti anak, sakit anak, letih anak, jadi pengsan ka, takkah nampak buruk agama kita, dah lah imej agama kita kat sana buruk, eh kita pulak menambah buruk, bahaya betul makpak macam ni, ikut law dia tak fikir hak anak2.
Quote moks 1-11-2019 06:13 PM
TravellingBear replied at 1-11-2019 06:08 PM
Ikut benang semlm, yg ngadu anak sulung... umur 17 tak silap

Kalau betul 17, ini sahaja yg aku mampu katakan. Kau bukan puasa ramadhan. Puasa sunat kan? Berbuka aje lah kalau tak larat sgt. Kalau puasa ramadhan pun  kau boleh berbuka tapi kena ganti lah lepas tu. Kikiki. Await lah susah sgt ka?
Quote white_musk 1-11-2019 06:14 PM
moks replied at 1-11-2019 05:59 PM
Dah aku katakan... Allah dah buat kelonggaran iaitu tidak wajib bagi kanak yg belum akil baligh  ...

walaupun sunat kita mesti latih anak dari sejak kecil lagi
anak umpama kain putih kita mencorakkannya
Quote moks 1-11-2019 06:15 PM
white_musk replied at 1-11-2019 06:14 PM
walaupun sunat kita mesti latih anak dari sejak kecil lagi
anak umpama kain putih kita me ...

Kau corakkan lah anak kau sampai pengsan2. Aku tanak. Hihihi
Quote white_musk 1-11-2019 06:16 PM
moks replied at 1-11-2019 06:15 PM
Kau corakkan lah anak kau sampai pengsan2. Aku tanak. Hihihi

ini ajaran islam
Quote noraidil_06 1-11-2019 06:21 PM
Itzy replied at 1-11-2019 05:50 PM
Mungkin anak dia tak kuat kot nak puasa. Yang mengadu tu umur berapa ya? Kalau kecik lagi cam 6-10 t ...

Anak x ngadu. Cikgu tanye
Quote TravellingBear 1-11-2019 06:25 PM
noraidil_06 replied at 1-11-2019 06:21 PM
Anak x ngadu. Cikgu tanye

Haa ye ye . Cikgu tny kenapa dia tak happy & nampak penat.
Quote TravellingBear 1-11-2019 06:34 PM
Itzy replied at 1-11-2019 05:50 PM
Mungkin anak dia tak kuat kot nak puasa. Yang mengadu tu umur berapa ya? Kalau kecik lagi cam 6-10 t ...

Bukan la acik kristian ambik kesempatan. Negara belah2 situ mmg mengutamakan hak asasi manusia terutama sekali hak anak2. Setiap kali ada isu pengabaian atau penderaan kanak2, mmg dorang akan asingkan drp ibubapa & diberi kpd keluarga angkat. Pastu kementerian kebajikan akan check kebajikan kanak2 tersebut . Bukan lah keluarga angkat suka hati nak buat anak2 tu camne. Kalau tak silap kalau isu kes perintah mahkamah , keluarga angkat akan dpt elaun drp gomen. Gomen sana income tax potong 40% utk kebajikan rakyat
(P.s. harap malaysia pon ada undang2 ni... geram dgn sohailaksa menafikan hak anak)

Sbnrnye malaysia pon pantau anak angkat.. check segala keperluan dan emosi anak... tapi ramai tak tahu penguatkuasaan sbb tak ketat & pegawai tak brp nak buat kerja. Tupasal kita tak tahu

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.084201 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top