"Dah kenapa semua nak jadi macam cik epal? Asyik nak saman orang ja?" Kisah Insta Famous yang menyaman dan bakal menyaman warganet semakin tular selepas kisah Cik Epal. Terbaharu, pengasas kosmetik, Asya Lee menyelar warganet yang didakwa menjejaskan reputasi produk penapis UV (sunscreen) miliknya. Asya menyatakan seorang warganet telah memburuk-burukkan produknya lalu mengugut akan menyaman jika tidak menarik balik. Ia bermula dengan ayat daripada Umairaharis namun telah difahami oleh Asya sebagai memburukkan. Malahan Asya turut menggelarkan 'bodoh' kerana salah faham dengan ayatnya. Hal tersebut dipertikaikan warganet yang lain kerana tiada unsur memburuk-burukkan kerana ayat "malam ni tido pakai sunscreen lah" tidak memburukkan pun. Ia mungkin boleh dibaca dalam pelbagai versi seperti sarkastik tetapi tidak lah sampai berniat menghina atau perkataan mencarut. Ia menyebabkan ramai memarahi Asya kerana tiada akta yang boleh digunakan untuk menyaman kerana ia bukan memburukkan, sekadar pendapat peribadi sahaja. Nampaknya ia membuktikan trend saman menyaman semakin menular dan ianya bukan atas isu serius pun. Aduhai, kasihan polis dan peguam yang terpaksa mengendalikan kes sebegini jika semua insta famous sentap lalu menyaman. Jadi, siapa yang salah dalam hal ini? - CARI |
kechikchomel: Apa benda MATLUMAT tu sis?
ADVERTISEMENT