Lelaki berusia 49 tahun berdepan detik cemas apabila kakinya tersepit pada eskalator di Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, pagi semalam. Berita Harian melaporkan, kejadian itu menyebabkan mangsa patah kaki kanannya.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (PGOKL) mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 10.01 pagi sebelum mengerahkan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa ke lokasi. “Sejurus tiba di lokasi kejadian, kaki kanan mangsa yang berusia 49 tahun itu didapati mengalami kecederaan, dengan kaki kanannya tersepit pada eskalator di pusat beli belah berkenaan. “Anggota bertugas kemudian bertindak mengeluarkan kaki kanannya yang tersepit sebelum diberikan rawatan kecemasan,” katanya. - CARI
|
nasbab86 replied at 3-11-2019 04:13 PM
ade terbace kt fb. kate kt kompleks pertama. jln TAR
Pearlapple replied at 3-11-2019 08:17 PM
takutnya nak naik escalator lepasni ..
Nak naik lif trauma, pakai tangga jelah selamat & sihat
ADVERTISEMENT