Siapa yang tidak mengenali anak kepada pelakon Normah Damanhuri yang penuh kontroversi iaitu Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak Km. Usahawan produk penjagaan diri itu seringkali menimbulkan perasaan kurang senang terutama dikalangan wanita kerana gemar memuat naik aksi yang kurang sopan di media sebagai salah satu cara untuk mempromosikan produknya.
Ramai yang cuba menegur perbuatannya itu namun ianya bagaikan sekadar mencurah air di daun keladi kerana masih ramai yang menyokong perbuatannya itu. Terbaru, pencetus ummah (PU) Amin di akaun Instagram miliknya, meminta agar orang ramai sama-sama mendoakan agar Kak Km diberi petunjuk dan hidayah. Dia turut menyertakan paparan skrin video Kak Km yang beraksi kurang sopan berserta kapsyen berbaur lucah.
"Ya Allah kau berilah petunjuk dan hidayah pada insan ini! Ya Allah kau berikan jalan kebaikan pada insan ini," tulis PU Amin. Menegur, bukan mahu merosakkan rezeki.. PU Amin turut menyatakan perasaan kesal kerana niat baiknya untuk menegur Kak Km sebelum ini telah disalah ertikan sebagai mahu menutup periuk nasi usahawan itu. Harap para pembeli tidak lagi mengikuti perkembangan usahawan ini di media sosial.. PU Amin berharap agar para pengikut Kak Km untuk berhenti memberi sokongan kepada Kak Km kerana cara yang digunakannya untuk mempromosikan produk adalah tidak sejajar dengan ajaran agama. Dalam pada itu, ramai yang menyokong PU Amin dan berharap agar Kak Km diberi hidayah dan sedar atas kesilapan yang dilakukan olehnya. Apa pun, tidak salah untuk mempromosikan produk masing-masing tetapi biarlah mengikut etika yang betul. Diharap Kak Km mengambil teguran yang diberikan dengan hati yang terbuka dan cuba memperbaiki kesilapan diri. -CARI |
minguk: i block dia, tak rasa nak tengok benda2 mengarut dia buat
tagas replied at 5-11-2019 11:34 AM
nek mah manhuri tak reti didik anak ke
SeriBunga replied at 5-11-2019 11:59 AM
meh le kita reramai report account dia.. bukan nk sekat rezki dia, tp me memang xleh terima marketin ...
miemiecha replied at 5-11-2019 12:00 PM
eh helooooo!!
makmah kabo anak2 heshe anak soleh solehah ok..
kehkehkeh...
tagas replied at 5-11-2019 12:02 PM
hawait lagu tu
depa punya tafsiran solehah
ADVERTISEMENT