Instafamous Norreen sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila dia berkongsi gambar berciuman dengan suaminya di akaun Twitter miliknya semalam.
Gambar tersebut diambil di negara jiran, Singapura berlatar belakangkan hotel terkenal, Maria Bay Sands ketika Norreen dan keluarganya melawat negara itu. Walaupun tidak salah untuk mencium suami sendiri, namun ramai yang mempertikai perbuatan Norreen yang seolah-olah sengaja mengundang kecaman dengan berkongsi saat romantis tersebut kepada umum. Halal tapi tidak beradab untuk dikongsi kepada umum.. Saya cium suami saya, apa salahnya? Tidak bersetuju dengan netizen, Norreen bertindak membalas komen tersebut dan mempertahankan yang perbuatannya mencium suami sendiri bukanlah satu kesalahan. Tambahnya lagi, dia faham akan teguran netizen tetapi ianya tidak akan ditafsir secara negatif sekiranya netizen melihat gambar tersebut dari pandangan positif. Tak salah pun cium suami sendiri.. Dalam pada itu, ada juga yang mempertahankan Norreen dan mengatakan perbuatan itu tidak salah. Apa pun, ada betul juga teguran tersebut. Norreen merupakan seseorang yang dikenali dan setiap apa yang dilakukan olehnya pasti mendapat perhatian ramai. Walaupun tidak salah untuk mencium dan mengambil gambar aksi sedemikian bersama suami yang halal, tetapi lebih manis sekiranya gambar tersebut disimpan hanya untuk tatapan peribadi. Diharap Norreen lebih berhati-hati dalam memilih gambar untuk dimuat naik ke media sosial selepas ini. -CARI
|
Kurex replied at 5-11-2019 01:29 PM
ramai minat dia ni.. apa yg lawak aku tak tau la
RatuDunia94 replied at 5-11-2019 02:10 PM
@libresse
Ye saiz ternyata memang penting!
ADVERTISEMENT