Seorang nenek berumur 65 tahun di Bristol terpaksa menjalani pembedahan sehingga disahkan koma selama 5 hari gara-gara dicakar kucing baka siam kepunyaanya.
Shirley Hair sama sekali tidak menyangka cakaran kucing siam beliau telah membuat nyawanya hampir di hujung tanduk. Dia terpaksa menjalani 8 pembedahan dan terpaksa diletakkan dalam keadaan koma selama 5 hari kerana tangannya dijangkiti kuman berbahaya, lapor Dailymail. Pada mulanya, Shirley berasa mual, tidak lalu makan, berasa bingung dan sakit otot pada mulanya sebelum bergegas ke Southmed Hospital Bristol untuk mendapatkan rawatan lanjut setelah luka di tangannya merebak ke bahagian lengan.
Setelah pemeriksaan, doktor mengenal pasti bahawa dia dijangkiti beberapa kuman, serangan septic, kegagalan organ, radang paru-paru serta Necrotizing Fasciitis (NF) iaitu sejenis virus pemakan daging yag menyebabkan tisu badan rosak. Setelah melalui pelbagai prosedur perubatan, akhirnya doktor terpaksa meletakkan Shirley dalam keadaan koma setelah menghadapi serangan jantung. Setelah hampir 2 bulan di hospital, Shirley akhirnya pulang ke rumah untuk berehat dan kini dalam proses pemulihan. - CARI |
fly_in_d_sky replied at 15-11-2019 02:12 PM
kalau kena cakar dengan kucing
sila picit sehingga keluar darah ...
kemudian letak ubat .. antis ...
manjalara_01 replied at 15-11-2019 03:16 PM
btul tu sbb takut infection..
rsnye kalau Shirley awal2 letak ubat jumpe Doktor mkn antibiotik..x ...
ADVERTISEMENT