CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Keanu Reeves Ada Kekasih Baru, Ada Peminat Kata 'Kenapa Tak Pilih Awek Lagi Muda?'

29-11-2019 11:46 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6429| Komen: 13|Original author: natrahn


Kehadiran Keanu Reeves bersama seorang wanita dikenali sebagai Alexandra Grant baru-baru ini di Gucci LACMA Art Film Gala di Los Angeles kini menjadi bualan hangat para peminatnya.

Hal ini dilihat agak mengejutkan kerana pelakon John Wick tidak pernah bersama dengan mana-mana wanita di karpet merah sejak 20 tahun ini.

Kredit foto: Forbes

Nampaknya mereka benar-benar dilamun cinta...

Kredit foto: W Magazine



Kredit foto: Evening Standard
Kredit foto: Newsbeezer


Kredit foto: Getty Images

Siapa Alexandra Grant? 

Wanita berusia 46 tahun itu pada asalnya merupakan rakan kongsi perniagaan Keanu Reeves yang memiliki syarikat penerbitan buku  X Artists' Books

Alexandra Grant bekerja dengan Keanu Reeves untuk menerbitkan buku beliau iaitu Ode To Happiness dan Shadow pada tahun 2011 dan turut membuat membuat ilustrasi untuk buku  tersebut.

Malah, Alexandra juga bekerja untuk Los Angeles County Art Museum (LACMA) di mana acara (Gucci LACMA Art Film Gala) ini diadakan. 

Kredit foto: Artist Alexandra Grant bergambar dengan karya yang didermakan di Angel Art Fundraiser , program dianjur oleh Project Angel Food di NeueHouse Los Angeles, Hollywood, California. (Gambar oleh Greg Doherty/Getty Images)

Wanita lulusan dari Swarthmore College ini merupakan seorang artis di Los Angeles. Dalam karyanya, Alexandra selalu membayangkan pemikiran penulis melalui ukiran, lukisan, video, gambar dan sebagainya.

Malah beliau juga terlibat dengan projek amal  grantLOVE yang mana hasil karya beliau digunakan untuk mengumpul dana bagi NGO di Los Angeles dan seterusnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.


Bukan biasa-biasa wanita pilihan Keanu kan? 

Walaupun berita ini agak mengejutkan, namun para peminat rata-ratanya bersikap positif dengan perkembangan terbaru ini dan semestinya mahu bintang pujaan hati mereka, Keanu Reeves mengecapi bahagia.

Mereka sepadan kan? Selamat maju jaya Keanu Reeves! - CARI 


Bagus
3

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-11-2019 12:11 PM
dah ada dah.. mod, tolong katup
Quote mieymiey 29-11-2019 12:38 PM
Lambatnya tt.
Quote helicornia 29-11-2019 04:26 PM
in fact keanu reeves lagi tua dr pompuan ni.dah 55 pakcik ni
Quote natrahn 29-11-2019 06:12 PM
Kurex replied at 29-11-2019 12:11 PM
dah ada dah.. mod, tolong katup

ye kurex.....
Quote top5complete 30-11-2019 12:49 PM
dia nak yang banyak skill ni tu pilih yang tua kekeke
Quote mata.kail 1-12-2019 11:35 PM
nampak masih muda...sesuai la tu keenu pun da berapa usianya...selalunya umur2 yg mcm keenu ni mesti  nak gf yg umur 20an...yg muda2 pun green light janji duit berkepuk2...yiiihaaaa
Quote poison_paradise 20-12-2019 01:57 AM
Yg tua lebih memahami..cool..dpt awek muda asek merajuk,rebel etc..bole sakit jiwa
Quote natrahn 20-12-2019 09:42 AM
poison_paradise replied at 20-12-2019 01:57 AM
Yg tua lebih memahami..cool..dpt awek muda asek merajuk,rebel etc..bole sakit jiwa

kan.. lagipun dah kenal lama...
Quote Arlina 21-12-2019 02:44 PM
beauty on the of the beholder. she must have interesting character
Quote balakkampung 22-12-2019 09:47 AM
sepadan jer iolls tengok..keanu pon bukan se hot macam zaman SPEED dah..yg penting saling mencintai...
Quote ina_na 2-2-2020 12:33 PM
Sbb senang kot.. Sama2 berusia.. Sama2 dah x kecoh sana sini.. Kalo gan org muda kang x larat lak nak ikut perangai org muda.. Lgpun rete dua2 dah ada..jd jalani kehidupan yg harmoni je l
Quote Hessa 5-2-2020 11:04 AM
beza betul taste keanu reeves dgn johnny depp tang perempuan ni..dgn kes johhny depp & amber skrg, nampak keanu reeves agak bijak bila tentang hal perempuan, hati perasaan ni..dan yg penting dia sedo diri
Quote shoyuna 5-2-2020 12:20 PM
Meols harap bam keanu tak kena dera gak mcm bam joni

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.068642 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top