Rumah tangga Mia dan Mohd Izham Tarmizi yang juga penjaga gol pasukan JDT pernah bergolak ketika pelakon Hati Perempuan itu sedang berpantang selepas melahirkan anak sulung, Saif Issa, tahun lalu. Pelbagai spekulasi timbul termasuklah dakwaan suaminya itu berlaku curang. Kini, Mia mahu membuka lembaran baru dalam perkahwinannya dan enggan lagi memperkatakan mengenai isu curang kerana sudah move on. "Saya dan suami Alhamdulillah, kami okey dan baik sahaja dan saya bersyukur.
"Sebenarnya saya dah tak mahu cakap mengenai benda yang dah lepas sebab saya dah move on," seperti yang dilaporkan portal mStar. Menurut Mia, dia menganggap perkara buruk yang terjadi itu mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri seterusnya membuatkan dia banyak muhasabah diri. "Cuma apa yang saya boleh katakan, jika kita ditimpa satu-satu musibah tu, kita kena banyak muhasabah diri. "Mungkin nampak perkara sebegitu tak baik untuk kita, rasa macam kenapa benda macam ini jadi dekat kita, tapi sebenarnya itulah yang terbaik kerana ia perkara yang boleh ajar kita. "Paling penting, banyakkan muhasabah diri, sabar dan Insyallah serahkan segalanya pada yang berkuasa," ujar beliau lagi. Dalam perkembangan lain, Mia buat masa ini mahu berehat dari melakukan sebarang aktiviti lakonan kerana mahu fokus terhadap anak pertamanya, Saif Issa, berusia 13 bulan yang masih menyusu badan. "Buat masa ini saya mahu berehat dahulu kerana sekarang ini saya hanya nak fokus dengan anak yang baru saja berusia 13 bulan itu, anak pun sebahagian daripada rezeki, jadi terpaksa berkorban dahulu. "Saya akan tunggu dia besar sikit, mungkin dalam tahun depan baru saya boleh mula shooting balik. "Lagipun anak saya sejenis yang agak 'melekat' dengan saya kerana dia masih menyusu badan. Nak bergerak ke sana sini pun agak susah inikan pula nak shooting," katanya. Semoga perkahwinan Mia Ahmad dan suami kekal bahagia hingga ke syurga dan mereka berdua berjaya dalam karier masing-masing. - CARI
|
misuke replied at 8-11-2019 10:55 AM
Alhamdulillah.. hati mau strong dik. nak nak dh pernah tertipu, lg la mudah nk jadi syak.. moga baha ...
ADVERTISEMENT