Cyprus telah memulakan proses menarik balik kerakyatan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia ekoran pembabitannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Memetik laporan Bloomberg pada 6 November, Jho Low merupakan salah seorang daripada 26 pelabur asing dan keluarga mereka yang beroleh kewarganegaraan Cyprus menerusi program 'pelaburan untuk pasport' yang dilaksanakan kerajaan negara itu. Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai kanan Cyprus dan langkah tersebut akan melibatkan sembilan warga Rusia, lapan warga Kemboja, lima warga China, dua warga Kenya, seorang warga Malaysia dan seorang warga Iran. Terdahulu, memetik laporan Cyprus Mail, Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades bersetuju untuk menarik balik pasport Jho Low namun langkah itu memerlukan siasatan sebelum dilaksanakan. Politis pula melaporkan, Jho Low dikatakan beroleh kerakyatan Cyprus menerusi bantuan Ketua Gereja Ortodoks Cyprus, Ketua Biskop Chrysostomos II. Pada 4 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kesal dengan tindakan negara tertentu melindungi Jho Low sehingga menyukarkan usaha mengekstradisinya pulang ke Malaysia. Malah, beliau mendedahkan pihak berkuasa negara terbabit memberi alasan tidak munasabah apabila menyatakan Jho Low telah menjalani pembedahan mengubah wajahnya sehingga kelihatan seperti seekor beruang dan berjalan seperti seladang. Jho Low dikehendaki di Malaysia kerana disyaki menjadi dalang dalam skandal 1MDB yang menyaksikan dana berjumlah kira-kira RM2.6 bilion didakwa telah diselewengkan. Baru-baru ini, Jho Low membuat perjanjian dengan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) untuk memulangkan aset bernilai hampir AS1bilion (RM4.15 bilion) bagi menyelesaikan kes-kes sitaan harta yang dikaitkan dengannya. Dia menafikan melakukan semua kesalahan seperti yang didakwa oleh pihak berkuasa Malaysia terhadapnya dan enggan pulang ke negara ini untuk membantu siasatan. Ke mana lagi agaknya Jho Low akan bersembunyi selepas ini dan adakah wajahnya akan berubah seperti haiwan lain pula? - CARI
|
sukacactus replied at 8-11-2019 11:33 AM
Rupa sama je, xde rupa beruang pun
Uncang_kelele replied at 8-11-2019 11:34 AM
Baik jadi babi je terus
Boomibulat replied at 8-11-2019 11:58 AM
Dia x buat pun operation tu rasanya..saja kjaan cyprus nk cover beliau..ye la org bnyk duit
chicozinn replied at 8-11-2019 12:23 PM
ape la bangkainye statement bedah muka srupa beruang jalan gaya seladang nih??dia ni hantu raya ke b ...
ADVERTISEMENT