Nampaknya, konflik antara Nabila dan Sharnaaz makin berlarutan setelah mereka berdua gagal mencapai penyelesaian setelah melalui proses Jawatan Kuasa Pendamaian (JKP).
Mengimbas kembali, isteri kepada pelakon Sharnaaz telah memfailkan cerai terhadap suaminya dengan alasan tidak lagi mencapai kata persefahaman dalam rumah tangga mereka. Dalam perkembangan terbaru, pasangan ini dilaporkan tidak lagi menjumpai jalan penyelesaian dan akan dirujuk ke peringkat seterusnya iaitu proses timbang tara hakim. Menurut laporan Mstar, kes penceraian pasangan ini telah gagal mencapai kata sepakat melalui Jawatan Kuasa Pendamai (JKP). Susulan itu, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah menetapkan tarikh 4 Disember ini sebagai tarikh untuk mereka berdua melantik wakil dalam proses hakam tersebut. Mengenai isu hakam, pihak mahkamah akan melantik wakil bagi kedua pihak termasuklah ahli keluarga atau saudara mara terdekat yang mempunyai maklumat dan info berhubung dengan kes penceraian ini. Oleh itu, Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr Sherrini sebagai wakil manakala Nabila telah melantik ayah tirinya sendiri iaitu Abdul Halim Khan. Tidak halang untuk tunaikan tanggungjawab sebagai bapa Ketika ditemui, Sharnaaz memberitahu media bahawa proses tersebut tidak menghalang dirinya untuk bertemu dengan anak sulung mereka, Jebat Jayden. Menurut peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir menjelaskan proses hakam ini adalah jalan terbaik untuk pasangan yang tidak menjumpai jalan penyelesaian supaya masing-masing dapat hidup aman tanpa sebarang masalah," jelasnya lanjut.- CARI |
kibodwatriuh replied at 7-11-2019 01:00 PM
Thread dah ada toksahlah buat rajin bukak lagi.
msdummy.2018 replied at 7-11-2019 01:34 PM
@bawangkecik, please take note
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1180177
bawangkecik replied at 7-11-2019 04:59 PM
Kami part time writer, segala benda artikel admin yang approve
Mleeen82: Nabila ni keras hati sikit…. lgi2 dh dok ngan Family...Nanaz kena tegas la sikit...
ADVERTISEMENT