Adab adalah sangat penting dan lebih diutamakan sebelum kita mempelajari sesuatu ilmu. Apa gunanya ilmu setinggi langit andai diri tidak dihiasi dengan adab mulia dan akhlak yang baik sesama manusia.
Video yang dikongsikan oleh Azman Mahmin menunjukkan adab pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Luagan Keningau, Sabah menyantuni dan bersalam dengan pengawal keselamatan yang bertugas menjaga pintu masuk usai hadir ke sekolah. Video yang dirakam secara sembunyi ini menjadi viral di media sosi@l dan telah dikongsi sebanyak 7.5k kali. Menurutnya Azman, beliau tersentuh hati dengan budaya yang diterapkan di kalangan pelajar, menyantuni dan menghormati orang yang lebih tua dalam konteks ini ialah pengawal keselamatan itu.
Beliau turut mengucapkan tahniah pada ibu bapa dan pihak sekolah atas sikap dan perbuatan pelajar-pelajar ini. Rata-rata warganet turut berkongsi rasa bangga dan memuji sikap pelajar-pelajar tersebut. Sememangnya perbuatan ini harus menjadi contoh pada kita semua amnya dan sekolah-sekolah di Malaysia khususnya. Sesungguhnya menghormati semua orang tidak kira apa pangkat dan darjat adalah nilai-nilai murni yang perlu ada pada diri semua orang. Bak kata Aristotle, ahli falsahah silam teragung, "Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya." Semoga bermanfaat. - CARI
|
chandrahusin replied at 11-11-2019 11:30 AM
sama dgn sekolah anak aku kat tgh KL ni pun
semua murid2 salam mak2 guard yg jaga kat luar sekolah
gideoncross replied at 11-11-2019 03:59 PM
Alah, kitorg pun sma gak dulu cuma msa tu kuasa viral tu xkuat, so xlah msuk dlm internet.
natrahn replied at 11-11-2019 04:57 PM
masa tu hp dah bole rakam tak?
ADVERTISEMENT