Lawak 'body shaming' memang popular dalam kalangan pelawak tanah air. Sebab itu cara paling mudah untuk membuatkan penonton gelak terbahak-bahak. Namun, sesuai dengan arus semasa, ianya makin tidak disenangi audien. Minggu lepas, episod pertama Maharaja Lawak Mega 2019 berlangsung. Di kala kumpulan lawak lain masih mengekalkan 'body shaming' sebagai bahan jenaka, namun kumpulan Rare tampil dengan isu semasa hingga muncul trending nombor 1 dan kini nombor 2 di Youtube!
Dianggotai Ropi, Ajak dan Pak Ya, mereka mencuit hati penonton dengan lawak yang kena dengan situasi zaman sekarang seperti masuk universiti menambah hutang tetapi masuk pusat serenti lebih untung. Lawak sindiran inilah yang membuatkan penonton ketawa dan dalam masa sama mencetus untuk berfikir, bukannya lawak kosong semata-mata! Gandingan yang pertama kali diwujudkan untuk pertandingan ini sememangnya 'rare' sesuai dengan namanya itu. Jadi, diharap kumpulan lawak lain cuba lah untuk tidak menggunakan 'body shaming' sebagai isi jenaka. Hentikan lawak tentang warna kulit, kekurangan anggota tubuh seperti jongang dan sebagainya. Terbukti, lawak sebegini yang 'trending' bukannya lawak yang telah lapuk. Semoga Rare terus tampil dengan lawak membina. - CARI |
chikumanis replied at 7-11-2019 04:44 PM
lawak body shaming ni me panggil lawak yang sangat sarkastik..walau ko x sebut direct, namun dari ga ...
Mfzg89 replied at 7-11-2019 05:02 PM
paling nyampah dgn kumpulan Bocey & putih.. modal lawak benda tu jela
boongalalang: Aku suka kalau ada ajak and ropi. Sebab dua-dua banyak idea. Dulu suka dengar hot fm pagi masa Ajak jadi DJ, sekarang dah kureng maybe sebab shuib tak ...
jijilaaa replied at 7-11-2019 05:23 PM
aku mula2 tgk xpaham sngat. ak pelik why trending. last2 masa si ropi kata semua disediakan tu, ak b ...
lazim replied at 7-11-2019 10:35 PM
Aku suka group yg mamat azlee acong kot yg sunat jahit guna mesin jahit tu.berdekah gelak. Yg lain ...
Pakis replied at 7-11-2019 07:11 PM
Sangat tak kelaka
ADVERTISEMENT