“Kamu dah kahwin dan ada isteri.. (tapi) buat macam ini, kamu khianat pada keluarga kamu." Begitulah yang dikatakan oleh Hakim Syarie Mohd Asri Mohd Tahir kepada tertuduh yang merupakan lelaki 42 tahun, lapor Harian Metro.
Difahamkan lelaki berkenaan dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan, denda RM4,900 dan enam kali sebatan kerana cuba melakukan persetubuhan sejenis, November tahun lalu. Hakim turut menjatuhkan hukuman penjara enam bulan, denda RM4,800 dan enam kali sebatan terhadap empat lagi lelaki berusia 27 hingga 37 tahun yang melakukan pertuduhan sama. “Kesemua tertuduh ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di tingkat dua apartmen itu bersama-sama tujuh lelaki lain termasuk tiga lelaki bukan Islam selain turut ada kondom dan bahan pelincir.
“Fakta berkenaan menunjukkan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar tabii dan bukan percubaan peringkat awal,” kata Mohd Asri. Dikatakan mereka cuba melakukan persetubuhan dengan seorang atau lebih daripada seorang, dengan mana-mana lelaki dalam sebuah apartmen di Bandar baru Bangi pada 9.30 malam, 9 November 2018. Sebelum ini, media melaporkan sepasukan pegawai JAIS menyerbu sebuah apartmen di lokasi berkenaan kerana terbabit dengan aktiviti songsang.- CARI |
sarah82 replied at 7-11-2019 02:53 PM
Gay gangbang party? Wowwwwww.. Aku ingat kat negara atas angin saja.
Kesian kat anak isteri
Modngengade replied at 7-11-2019 02:56 PM
kemut 360 darjah katernyer
saviour_09 replied at 7-11-2019 03:36 PM
kerana dubur rosak kerja sebagai penjawat awam
peribahasa baru gitu
saviour_09 replied at 7-11-2019 03:36 PM
kerana dubur rosak kerja sebagai penjawat awam
peribahasa baru gitu
ADVERTISEMENT