Kejam dan biadab! Sampai hati seorang anak menumbuk badan ibunya selepas tidak berpuas hati warga emas itu mandi bogel. Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, 42 yang merupakan seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Difahamkan, tertuduh didakwa menumbuk belakang badan ibunya yang berusia 68 tahun dan menggenggam tangan kiri wanita itu hingga kesakitan selepas memarahinya kerana mandi bogel. Dia dikatakan melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Ajil pada 10 malam, 1 November lalu. Jika disabit kesalahan, tertutuduh boleh dipenjara satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Tertuduh kini diikat jamin RM8,000 dengans eorang penjamin. - CARI |
ifanonline replied at 7-11-2019 03:48 PM
negeri terengganu ni dah semacam 'Ripley's believe it or not'...
ADVERTISEMENT