Polis menahan lelaki yang melakukan onani di hadapan seorang jururawat di Hospital Balik Pulau (HBB) pada bulan lalu. Memetik Harian Metro, penganggur berusia 45 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Titi Teras, Balik Pulau jam 5.30 petang, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan, lelaki terbabit yang juga pesakit hospital dikatakan beronani ketika menunggu di bahagian saringan hospital. Berikutan itu, jururawat yang berada di hadapanya menjerit meminta bantuan apabila melihat perbuatan suspek. Wanita itu kemudian meminta suspek menghentikan perbuatannya, namun tidak diendahkan. Malah, lelaki itu dikatakan hanya tersenyum sebelum jururawat berkenaan meminta bantuan petugas menghalau suspek. Tambahnya, suspek ditahan semalam sebaik polis menerima laporan daripada mangsa pada Selasa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini. - CARI
|
Pink_Purple: silap besar la, nurse ada nama dan alamat dia, polis pi je la ambik kat rumah..bodo..
ADVERTISEMENT