Semalam agak kecoh apabila tular sebuah video pelakon Aliff Aziz yang ditahan polis Singapura kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam dalam keadaan mabuk. Menurut perkongsian ibunya, Siti Hafiza Sheikh Mohamad di Instagram, anak lelakinya itu kini sudah dibebaskan pada malam Ahad dan kini dalam keadaan baik.
Foto Instagram Ibu Aliff Aziz turut berkongsi video yang memaparkan Aliff Aziz yang kini waras dan gembira mendukung anaknya, Ayden selain bekas isterinya Bella Astillah yang turut hadir. "Pada yang bertanya tentang keadaan anak kami Aliff Aziz, Alhamdulillah berkat doa daripada semua dia kini berada dalam keadaan baik terutamanya selepas bertemu dengan Ayden," tulisnya di instagram. "Setiap yang terjadi mesti ada hikmatnya dan hanya Allah tahu apa yang kita tidak fahami," tulisnya. Dia juga memohon kepada orang ramai agar tidak menghukum anaknya tanpa usul periksa hanya berdasarkan video penangkapan itu. "Moga kita mempunyai rasa belas kahsihan sesama manusia dan tidak cepat menghukum kesalahan orang lain. Terima kasih dengan doa kalian, sesungguhnya ia sangat bernilai buat kami sekeluarga," tambahnya. Semoga Aliff Aziz sedar dan berubah menjadi insan yang baik buat keluarga. - CARI |
Kurex replied at 12-11-2019 03:07 AM
nyesal pulak aku suka kau....
Themilo replied at 12-11-2019 12:29 PM
k pass kat meols, biar meols pimpin heols ke arah yang lebih baik.
ADVERTISEMENT