Kebiasaannya, remaja yang masih bersekolah akan meluangkan masa lapang mereka dengan melepak atau bermain permainan di telefon bimbit. Permainan seperti PUBG, Mobile Legend dan Call of Duty bukanlah satu nama yang asing buat remaja yang masih dalam umur belasan tahun.
Terbaru, seorang individu dengan 'tweethandle' Fathyakun telah berkongsikan sebuah video yang membuatkan para gadis berpusu-pusu untuk menjadi adik iparnya. Dalam video tersebut, dia sedang bersama adiknya yang sedang leka bermain PUBG di dalam kereta. Dengan niat untuk bergurau dengan adiknya itu, Fathyakun 'menebuk' ayat Al-Quran dan meminta adiknya untuk menyambung ayat yang dibacanya. Dengan tenang, adiknya menyambung bacaan Al-Quran itu dengan suara yang lunak dan bacaan yang lancar. Lebih menarik, dia menyambung bacaan itu sambil matanya menatap telefon dan bermain permainan PUBG. Hebat betul! Menurut Fathyakun, adiknya telah berjaya menjadi Hafiz semenjak umur 14 tahun dengan hasil didikan sekolah tahfiz yang tegas dan hebat dalam menjaga hafalan pelajarnya. Beliau turut berkongsikan tips untuk menghafal Al-Quran. Boleh la korang cuba! Video Fathyakun ini tular dan menarik perhatian para gadis yang rata-ratanya mahu berkenalan dengan adiknya itu. Laju betul ye korang buat kerja? Sebelum ini, permainan video sering dipandang serong oleh masyarakat yang dikatakan boleh melalaikan dan tidak mendatangkan manfaat. Video Fathyakun ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa bermain permainan video itu tidak salah, yang salah adalah mereka yang hidup hanya berpaksikan permainan video semata-mata sehingga hidup menjadi tidak produktif.- CARI
|
susukambingbest replied at 13-11-2019 12:17 PM
Ye2 je tgh main pubg, entah2 da rncng utk kasi viral. Done dengki
Ala kalau da hafal quran tu ...
prettyuglybabe replied at 13-11-2019 12:21 PM
humble brag yislamik
susukambingbest replied at 13-11-2019 12:26 PM
Abang hasan
Kurex replied at 13-11-2019 10:50 AM
cuba kalau yg baca tu dari kalangan lelaki gemuk berkerak, kepam, sekadar pujian je yg dapat..
ka ...
ADVERTISEMENT