Nampak gayanya, ramai dah tak sabar bila filem Wira lakonan mantap Hairul Azreen bakal menemui penonton di pawagam pada 21 November kelak. Difahamkan, terdapat babak di mana aktor ini tidak berbaju dan menonjolkan tubuh sasanya.
Berikutan itu, ada segelintir pihak menuduhnya sengaja berbuat demikian bagi melariskan filem tersebut.
Namun, menurut suami kepada Hanis Zalikha ini, ia hanyalah demi memenuhi tuntutan watak dan langsung tiada niat lain. "Maaf, saya tidak jual tubuh sasa, sebaliknya mahu jual babak aksi untuk menarik penonton ke pawagam. "Babak tidak berbaju itu dibuat untuk adegan pertarungan yang dipaparkan dalam filem ini, "Saya hanya ikut arahan pengarah yang mahu babak tidak berbaju bagi memantapkan jalan cerita," katanya kepada Harian Metro.
Semasa penggambaran filem Wira, Hairul mengalami kecederaan di mana ligamen kaki kanannya terkoyak. "Saya pernah cedera dalam filem Paskal, tetapi kecederaan ketika menjayakan filem Wira paling teruk setakat ini. "Namun, tak mengapa kerana Wira karya aksi yang saya impikan selama ini," tambahnya.
Hairul juga berpeluang bekerjasama dengan pengarah lagak ngeri, Yayan Ruhia yang pernah membintangi filem John Wick. "Saya bayangkan diri ini seperti Keanu Reeves yang berdiri di samping Yayan dalam filem hollywood itu. "Yayan sangat bagus dan banyak beri tunjuk ajar ketika babak aksi. Malah, dia sangat merendah diri meski sangat terkenal." Semoga berjaya untuk Hairul dan Filem Wira. Jangan lupa pergi menonton okey! - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|