Rumah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak, namun sebaliknya berlaku kepada adik-beradik di Sheffield, UK ini- Tristan, 13, dan Blake Barrass, 14, apabila menjadi mangsa pembunuhan kejam ibu bapa mereka di rumah sendiri. Menurut laporan, kedua-dua remaja itu telah dicekik sehingga mati dan kepala mereka ditutup dengan plastik sampah. Lebih menjijikkan apabila pihak berkuasa mendapati yang ibu bapa mereka, Sarah Barrass, 35, dan Brandon Machin, 39, merupakan adik-beradik tiri. Mereka disifatkan sebagai 'syaitan' oleh adik mereka, Martyn Barrass, kerana mempunyai sifat kejam semenjak kanak-kanak lagi dan sering bertindak kasar terhadap anak-anak mereka, namun tidak menyangka kakak dan abangnya itu sanggup membunuh anak sendiri.
Hasil hubungan sumbang marham pasangan ini, mereka mempunyai enam orang anak. Bagi mengelakkan anak-anak mereka dirampas dan diletakkan di bawah penjagaan rumah kebajikan, Barrass dan Machin telah merancang untuk membunuh anak-anak mereka 10 hari sebelum mereka dijumpai mati pada pagi 24 Mei. Mereka bertanggapan lebih baik anak mereka mati daripada tinggal di rumah kebajikan. Pendakwa raya menyatakan sebelum kejadian itu, tetamu yang datang ke rumah mereka sering mendengar Barrass memberitahu anak-anaknya, "Saya memberi kamu nyawa, saya juga boleh tariknya semula." Barrass juga telah meminta bantuan daripada pihak berkuasa untuk membantu berkenaan isu anak-anaknya. Selain itu, dia turut menghantar mesej kepada rakannya menyatakan: "Saya dah fikir kesemua penyelesaian yang mungkin untuk masalah ini. Pembunuhan beramai-ramai, letakkan mereka bawah penjagaan (rumah kebajikan), daftar masuk rumah orang gila." "Saya tak boleh bunuh mereka kerana terlalu sayangkan anak-anak saya, tapi saya juga tak boleh hantar mereka ke pusat jagaan kanak-kanak untuk alasan yang sama." Menurut keterangan yang dibaca di Mahkamah Sheffield Crown, pasangan itu telah memaksa anak-anak mereka memakan tablet yang diharapkan dapat membunuh tetapi ia tidak berkesan. Selepas itu, Barrass mula mencari cara lain untuk membunuh anak-anaknya melalui internet, termasuk melemaskan dan mencekik. Selepas membunuh Blake dan Tristan, mereka cuba melemaskan salah seorang anak yang lain di tab mandi, namun usaha mereka gagal apabila kanak-kanak itu bergelut dan menjerit. Susulan kegagalan melemaskan anak-anak yang kecil, Barrass membawa mereka ke bilik tidur dan seterusnya menghubungi polis. Kesemua kanak-kanak yang berjaya diselamatkan berusia di bawah 13 tahun. Barrass dan Machin pada mulanya berkeras menafikan tuduhan terhadap mereka, tetapi akhirnya mengaku bersalah atas dua tuduhan membunuh, konspirasi untuk membunuh enam kanak-kanak dan lima tuduhan cubaan membunuh. Hakim memutuskan Barrass dan Machin akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan penjara minimum 35 tahun. - CARI |
prettyuglybabe replied at 19-11-2019 07:39 PM
ini jarum-jarum halus..
Buritan replied at 20-11-2019 11:29 AM
Yg gomen nak rmpas anak depa buek hapee.. gasaklaa nak sumbang ke sumbeng ke...
nobito replied at 21-11-2019 12:54 PM
Memang la gomen sana nak Jaga kanak2 terbiar tu biar diorg biar tak jadi kera macam anak2 lokal Me ...
ADVERTISEMENT