Siapa sangka kereta buatan negara sendiri ditemui ketika berada jauh di negara orang. Pasti teruja dibuatnya, kan! Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis yang tidak menduga terlihat kelibat kereta Perodua Kelisa berada di atas jalan raya di United Kingdom (UK).
Dia yang berkongsi di laman Twitter berkata begitu teruja ketika melihat kereta kompak berwarna kelabu itu di kawasan parkir. “Saya pandu Kelisa merah selama setahun selepas dapat lesen memandu. “Saya tidak ingat kali terakhir lihat Kelisa di negara asal? Adakah ia masih ada di jalan raya?” kata netizen dikenali dengan nama Lisa Diamond.
Menurutnya, selain Kelisa, sebelum ini dia pernah mengesan kereta Malaysia yang lain seperti Proton Waja, Saga dan Perodua Myvi. “Saya jadi teruja setiap kali nampak kereta buatan tempatan di sini. “Selalunya saya akan berkata: Perlahan, Charlie. Itu kereta Malaysia,” ujarnya. Warganet turut teruja dengan hantaran twitter itu dan berkongsi pengalaman mereka memandu kereta Kelisa. Mereka turut berkata kereta itu masih banyak digunakan di Malaysia dan banyak kelebihannya termasuk sangat jimat minyak! - CARI
|
orgsepang replied at 14-11-2019 06:37 PM
Comel je. Siapa pemiliknya?
kechikchomel replied at 14-11-2019 06:55 PM
Lecturer iolss masa belajar kt UK, beli kereta waja kat sana. Tapi kat sne tukar jadi Impian. Balik ...
shernazz replied at 14-11-2019 06:57 PM
Impian yang nyata gitchuuu
kechikchomel replied at 14-11-2019 07:01 PM
Impian jd kenyataan pun bolehhhh
shernazz replied at 14-11-2019 07:06 PM
Ye ke
Mahai jugak kn
Sana harga berapa pound?
shernazz replied at 14-11-2019 06:57 PM
Impian yang nyata gitchuuu
Forfoxache replied at 14-11-2019 06:38 PM
Paki miskin nak mampos
multinicky replied at 14-11-2019 07:22 PM
cilakak chuols nth2 dr amalina pny kete tu.. sheols parking situ bk pg beli groceries; ...
multinicky replied at 14-11-2019 06:22 PM
cilakak chuols nth2 dr amalina pny kete tu.. sheols parking situ bk pg beli groceries; ...
damsel_fiji replied at 14-11-2019 07:26 PM
amboi..sesia dia mekap kening tebal kau kata naik kelisa jahhh
LadyCarefree replied at 14-11-2019 07:27 PM
Dr Amalina kemungkinan besar takde kereta kerana sheols single dn duduk bandar besar. Ntah2 lesen ...
ADVERTISEMENT