Jika anda pernah ke Danok, Thailand pasti anda pernah menjamah daging bakar yang sungguh sedap. Kiranya kalau dah cuba pasti teringat-ingat setelah pulang ke Malaysia.
Tapi kalau mengidam takkan nak pergi Danok setiap kali kan? Sudahlah mahal perjalanan ke negara Gajah Putih tersebut. Namun, kini tak perlu risau lagi kerana saudari Diaz Yushazlina telah bermurah hati berkongsi resepi daging bakar Danok yang perlu anda cuba. Pasti akan membuka selera anda! Cara dan bahan untuk perapan daging Untuk perapan daging, mula mula potong nipis daging dalam ukuran 2 atau 3 cm. Kemudian perap daging tersebut dengan 1 sudu sos ikan, 2 sudu sos tiram. Kemudian, masukkan 2 atau 3 sudu gula perang, sekeping gula melaka, 1 sudu lada hitam, sedikit minyak, sedikit serbuk cukup rasa dalam 1 atau 2 sudu.
Sos Daging Bakar Untuk sos pula, 1. Sediakan akar daun ketumbar 2. Daun ketumbar 3. 1 sudu beras yang sudah disagai dan ditumbuk terlebih dahulu, 4. 1-2 ulas bawang putih 5. 1-2 sudu sos ikan ikut tekak masing-masing 6. 2 biji limau nipis diperah 7. 1 sudu gula perang 8. 1/2 keping gula melaka yang ditumbuk hancur sedikit 9. Serbuk cili 10. 1 sudu kecil sos cili, 1 sudu kecil sos tiram dan 1 biji bawang besar dipotong nipis. Untuk menyediakannya, tumbuk akar daun ketumbar dan daun ketumbar sehingga lumat, kemudian masukkan sos ikan, gula perang, gula melaka, beras yang disagai tadi, serta perahan limau nipis. Setelah sebati, tambah sos cili, sos tiram untuk pekatkan sos , kemudian masukkan daun ketumbar yang dipotong. Serbuk cili ditambah ikut kesesuaian tekak, kemudian tambah bawang besar yang dipotong nipis. Jika tawar, boleh tambah garam sedikit. Bakar daging perapan Daging yang diperap pada awal tadi kemudian dibakar dalam pemanggan ajaib dalam masa hingga 20 ke 30 minit. Untuk hasil yang terbaik, daging perlulah diperap semalaman dan dicampur dengan sedikit hirisan halia. Bakar bersalam hirisan halia tersebut untuk mendapatkan daging yang lebih lembut. Dinasihatkan juga untuk memasak dengan api yang perlahan. Selamat mencuba! - CARI |
Boomibulat replied at 19-11-2019 11:35 AM
Patut la member rajin pgi Danok dulu2..sdp rupanya daging kat sana..dgr kata ayam golek pn sdp jgk k ...
Boomibulat replied at 19-11-2019 11:35 AM
Patut la member rajin pgi Danok dulu2..sdp rupanya daging kat sana..dgr kata ayam golek pn sdp jgk k ...
ufoneinternet replied at 3-1-2020 06:25 PM
necessityat such astonishing rates. These are the week after week Ufone 3G/4G bundles.Ufone intern ...
ADVERTISEMENT