Adakah anda dan pasangan mempunyai wajah yang seiras? Atau pernahkan anda perasan semakin ramai pasangan berkahwin kelihatan hampir serupa? Orang tua-tua kata, pasangan yang seiras mempunyai jodoh yang kuat. Walaupun kenyataan ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, tetapi rupanya ada penerangan saintifik mengapa sesetengah pasangan kelihatan seiras.
Baru-baru ini seorang pakas psikitari, Dr Ahmad Rostam Md Zain menulis perkongsian di Twitter mengenai kajian saintifik mengapa pasangan kelihatan seiras. Berkaitan dengan pasangan yang baru berkahwin tetapi sudah kelihatan seiras, Dr. Ahmad menerangkan kecenderungan individu dan teori assertive untuk memilih mereka yang mempunyai ciri setara. 'Kajian yg dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita atau iras dengan ibu ayah kita sendiri' 'Teori 'assortative mating' pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yg mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yg setara' Bagaimana pula dengan mereka yang tidak seiras pada awal perkahwinan tetapi semakin lama-semakin kelihatan sama? 'Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi dan cabaran yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama' 'Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagian yang dialami oleh 1-1 pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan' 'Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi xhairanlah jika seorang sakit, yang 1 lagi juga bakal tidak sihat' Tidak hairanlah Dr. Ahmad membuat kesimpulan bahawa mereka yang semakin seiras mempunyai ikatan emosi yang selesa dan saling percaya kerana mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama. Jadi nampaknya walaupun tidak secara langsung, nampaknya adalah kaitan di antara jodoh dengan wajah yang seiras. Bagaimana pula dengan pasangan anda, seiras ke? - CARI |
ADVERTISEMENT