Penuntut sebuah kolej di China maut akibat menelan beratus-ratus pil antiloya selepas putus cinta. Shanghaiist melaporkan, Xiao Han (bukan nama sebenar) mengambil tindakan itu selepas diugut bekas teman lelakinya untuk menyebarkan gambar bogelnya.
Difahamkan, gadis itu memutuskan hubungan mereka selepas Xiao Zheng (bukan nama sebenar) kantoi bermain kayu tiga. Bagaimanapun, lelaki itu tidak puas hati apabila Xiao Han minta putus pada bulan lalu dan mula mengugut akan menyebarkan gambar bogel Xiao Han. "Saya akan letak gambar bogel kamu di forum kolej kita sekarang! Gambar kad pengenalan kamu juga ada pada saya! "Esok, saya akan 'siasat' ibu bapa kamu pula," ugut lelaki itu. Xiao Han kemudian mengadu pada ibunya yang sanggup bertemu anaknya yang sedang menuntut di Fuzhou.
Mereka kemudian bertemu Xiao Zheng untuk berbincang mengenai perkara itu dengan baik sebelum lelaki berkenaan memadam gambar terbabit. Bimbang gambarnya masih ada dalam simpanan Xiao Zheng, gadis itu mencadangkan kepada ibunya untuk membuat laporan polis. Namun, ibunya menegah kerana khuatir ia akan mencalarkan imej bapa Xiao Han yang merupakan anggota polis. Kira-kira seminggu kemudian, gadis itu dikatakan tidak muncul di bilik asramanya. Dia sebaliknya ditemui di bangunan asrama lain dalam keadaan terbaring di atas lantai dan kekejangan serta mulutnya berbuih dipercayai selepas menelan 200 pil antiloya. Dia yang dikejarkan ke hospital, dilaporkan koma hingga meninggal dunia beberapa minggu kemudian dan ibu mangsa menuduh Xiao Zheng menyebabkan kematian anaknya dengan mesej-mesej ugutannya sebelum ini. Sementara itu, bapa mangsa menerangkan kepada wartawan bahawa gambar yang dimaksudkan sebenarnya tidak menunjukkan anaknya dalam keadaan berbogel. Sebaliknya, dia hanya mengenakan pakaian jarang dan tidak menunjukkan wajah mangsa sama sekali. Difahamkan, Xiao Zheng yang turut menziarahi bekas teman wanitanya di hospital berkenaan dipukul keluarga gadis itu dan bajunya dirobek-robek. Patutkah keluarga Xiao Han menuntut pemampasan daripada bekas teman lelaki gadis itu? - CARI
|
orgsepang replied at 20-11-2019 02:57 PM
Alahai, belajar tinggi pun tak boleh nak fikir jauh.Teman wanita baru lelaki tu kalau meneruskan hub ...
ADVERTISEMENT