Dakwa dirinya rakyat Malaysia, namun wanita warganegara Thailand ini kantoi apabila gagal menyanyikan lagu Negaraku. Kejadian berlaku ketika dia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dalam operasi di Plaza Tol Juru, Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara malam tadi.
Memetik laporan Astro Awani, wanita itu juga gagal menyebut nombor kad pengenalannya dan mendakwa ia disimpan oleh ibunya. Wanita berusia 21 tahun itu tetap berkeras menyatakan dia warganegara Malaysia dan mendakwa bersekolah di Alma, Bukit Mertajam. Namun, akhirnya selepas gagal memberikan sebarang bukti, wanita itu mengakui tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya mempunyai sijil kelahiran Thailand.
Menurut Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Mohamad Husni Mahmud, wanita itu pada mulanya ditahan pihak JPJ bersama teman lelakinya kerana nombor pendaftaran Honda yang mereka naiki tidak patuh spesifikasi. Ketika diminta kad pengenalan itulah identitinya bocor. - CARI
|
Kurex replied at 20-11-2019 12:38 PM
mungkin dia kena sumpahan ikan @Asdan
minguk replied at 20-11-2019 12:49 PM
lepas ni ramai lah warga asing melayari youtube untuk hafal lagu negaraku tanah tumpahnya darahku ra ...
prettyuglybabe replied at 20-11-2019 12:55 PM
tanya rukun negara pulak..
mesti ramai fail even rakyat malaysia pun
minguk replied at 20-11-2019 12:57 PM
owh yang kepercayaan kepada tuhan tu? i hafal sampai sekarang hahahah.. berkat kena baca setiap mi ...
Asdan replied at 20-11-2019 02:03 PM
boleh jawab apa saja bukan penentu warganegara
ADVERTISEMENT