Tahukah anda, penciptaan kereta terbang bukan satu perkara baharu. Terdahulu, adik-beradik Wright telah mencipta kapal terbang dan berjaya mendaratkannya di dataran Kitty Hawk, New York pada 1903.
Kini, negara maju seperti Jerman, Rusia dan China dikatakan telah menghabiskan sejumlah dana yang cukup besar untuk merealisasikan teknologi kereta terbang. Justeru, bukan menjadi idea gila apabila kereta terbang mahu diwujudkan di Malaysia. Baru-baru ini, negara membuka satu lembaran sejarah baharu apabila Aerodyne Group memperkenalkan prototaip Vector yang tidak mustahil satu hari nanti menjadi sistem pengangkutan udara nasional. Pengarah Kanan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan Aerodyne Group, Imtyaz Mohd Azzat berkata, Vector berupa kenderaan berkonsep dron.
Ujarnya, Vector direka untuk membawa penumpang, penghantaran kargo dan pengawasan dan ia bukannya sebuah kereta terbang. Adakah kereta terbang yang diuar-uarkan benar menepati konsep kereta terbang atau sekadar dron yang digembar-gemburkan? Masih ada yang keliru dan tertanya-tanya apa sebenarnya akan diperkenalkan oleh kerajaan- kereta terbang atau dron? Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan bahawa kereta terbang diuar-uarkan adalah sejenis dron dan memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Walaupun menerima pelbagai maklum balas negatif masyarakat, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof membuktikan ia mampu direalisasikan. Kementerian Pembangunan Usahawan menjelaskan bahawa kereta terbang atau Super Drone sudahpun ditinjau menterinya di Subang dan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof bercadang melakukan ujian memandu dan menaiki ‘kereta terbang’ di Subang. Namun, pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) tidak meluluskan ujian penerbangan UAS E-Hang 216 (EH216) atau ‘kereta terbang’ yang telah dijadualkan seperti dilaporkan Harian Metro. Ini kerana menurut CAAM, lokasi percubaan penerbangan di Hangar UNIKL MIAT Subang adalah kurang 200 meter dari laluan trafik pesawat dan helikopter komersial. Ia juga berada dalam kawasan Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada di bawah pemantauan ketat Kawalan Trafik Udara. Malah, rupa-rupanya demonstrasi penerbangan yang membabitkan EH216 sebelum ini adalah sesi penerbangan haram kerana tidak mendapat kelulusan CAAM. Untuk rekod, Super dron atau ‘Kereta terbang’ yang bakal diuji dan dinaiki Menteri Pembangunan Usahawan ini, adalah ciptaan bersama syarikat tempatan dan China. Dikenali sebagai Super Dron, ia menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan bakal menjadi revolusi pengangkutan udara pertama di dunia. Super Dron itu dihasilkan menerusi usaha sama EastCap Bhd dengan dua syarikat dari China iaitu EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited. Terkini, kenderaan super dron atau ‘kereta terbang’ UAS E-Hang 216 (EH216) dijangka melakukan penerbangan pertamanya di negara Maldives tidak lama lagi selepas gagal dipandu uji di Subang pada Khamis (211119) lalu. Siapa sangka idea kereta terbang yang menjadi bahan jenaka pada masa kini berkemungkinan merupakan sesuatu yang penting pada masa depan. Walau apapun cabarannya, menteri perlu mengambil positif dengan setiap cabaran dan kritikan kerana ia adalah asam garam untuk berjaya dan menutup mulut pengkritik. - CARI
|
kasibiman replied at 25-11-2019 10:32 AM
Theres a reason why jetpacks never took off sbg alat pengangkutan mcm kete.
Pemikiran Saya so wil ...
ifanonline replied at 25-11-2019 10:39 AM
kereta terbang perlu berbentuk kereta, ada 4 tayar dan bergerak di atas jln raya...
kalau nak ter ...
chicozinn replied at 25-11-2019 10:59 AM
srupa helikopter je..muntri bangang sibuk sngat buat krete terbang..klu krete terbang sah2 la boleh ...
chicozinn replied at 25-11-2019 10:59 AM
srupa helikopter je..muntri bangang sibuk sngat buat krete terbang..klu krete terbang sah2 la boleh ...
dino replied at 25-11-2019 11:02 AM
mahacai je kena tipu haha
harizs replied at 25-11-2019 11:16 AM
Persoalannya, kemana pergi peruntukan rm20juta utk membangunkan kereta terbang malaysia tu? Jika m ...
RatuDunia94 replied at 25-11-2019 10:48 AM
Kenapa beriya2 nk sibukkan kereta terbang ni??? Masalahnya malaysia kalau dh capai tahap cm negara j ...
ultra78 replied at 25-11-2019 01:11 PM
Kat mana boleh guna kereta terbang ni? Belakang rumah sahaja kah?
ADVERTISEMENT