Penyanyi Fauziah Latiff ada menceritakan mengenai soal jodoh kepada media. Katanya, soal jodoh biarlah Tuhan yang menentukan dan dia tidak berharap. Fauziah, 48, juga menceritakan yang dia bagaimanapun tidak menutup pintu hatinya untuk sesiapa pun. Namun, buat masa sekarang masih belum ada lagi yang berkenan di hati. "Alhamdulillah, kehidupan saya hari ini bahagia dengan keluarga. Cerita nak kahwin itu dah lama berlalu, dah lepas! sekarang tiada sesiapa di hati, saya pun tidak berani nak kata dah tutup pintu hati, buatnya ada yang datang nanti. Soal jodoh ini urusan Tuhan," katanya kepada wartawan mStar. Untuk pengetahuan anda semua, Fauziah Latiff pernah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992, namun mereka bercerai selepas tiga tahun perkahwinan. Selepas lima tahun menjanda, dia berkahwin buat kali kedua dengan ahli perniagaan, Johan Indot di London, tapi bercerai juga pada 2007. Mereka dikurniaakan dua cahaya mata lelaki yang kini sudah dewasa. Sehingga ke hari ini, Fauziah masih solo dan hanya fokus pada pekerjaannya. Dan terkini, dia sibuk dengan aktiviti kecergasan dan seni di sebuah studio kecil. Semoga Fauziah bertemu dengan jodoh yang mampu menjaganya kelak. - CARI |
RatuDunia94 replied at 25-11-2019 10:34 AM
Kesian gee di usia tua nya suara dh hilang... kalau tak masih boleh aktif berkonsert sana sini mcm e ...
Victorioussss replied at 25-11-2019 12:24 PM
Harap2 heshe suke lelaki yang muda
RatuDunia94 replied at 25-11-2019 10:34 AM
Kesian gee di usia tua nya suara dh hilang... kalau tak masih boleh aktif berkonsert sana sini mcm e ...
RatuDunia94: Kesian gee di usia tua nya suara dh hilang... kalau tak masih boleh aktif berkonsert sana sini mcm ella, siti etc.. sbb sheols byk lagu hits..
TravellingBear replied at 25-11-2019 09:21 PM
Bercakap pasal suara hilang.... Lagi kesian kat ummu syaikah , muda lagi dah ilang suara
KiahRonggeng88 replied at 26-11-2019 12:34 AM
Mcm kak kiah pnah dgr nama tu siapa ea??
KiahRonggeng88 replied at 26-11-2019 12:31 AM
Kesian dia .. memula kwen kena tipu . .. kali kedua kwen ..hurmm laki sanggup pilih akak jadian dar ...
Megikari replied at 25-11-2019 06:14 PM
Cantiknya dia ni... Masa budak2 dulu kalau tengok dia nyanyi kat tv memang ternganga sebab adore san ...
ADVERTISEMENT