CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Keputusan UPSR 5A 1B, Kanak-kanak Terima Hadiah Wang Tunai RM10,000!

25-11-2019 10:09 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 12890| Komen: 90|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Muhammad Danish Haziq bersama ibu bapanya. 

Kredit foto: Facebook/Rak Bunga Florist

Walaupun tidak memperolehi A bagi kesemua subjek peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019, Muhammad Danish Haziq Ihsan Fahmi tetap bertuah kerana menerima hadiah wang tunai RM10,000 daripada ibu bapanya.

Memetik laporan Sinar Harian pada 24 November, kanak-kanak itu menerima wang yang digubah dalam bentuk jambangan bunga atas kejayaan mencatatkan keputusan 5A 1B.

Nor Ashikin Ahmad Pauzai, 33, dan suami, Ihsan Fahmi Ishak, 43, memberi hadiah lumayan setelah melihat kesungguhan anak ketiganya itu mengulang kaji untuk menghadapi USPR sehingga sering tertidur ketika membaca buku.


Muhammad Danish Haziq menunjukkan gubahan wang tunai RM10,000 yang diterimanya. 

Kredit foto: Facebook/Rak Bunga Florist

Katanya, Muhammad Danish Haziq sebelum itu meminta telefon pintar iPhone model terbaharu, namun permintaan itu tidak dipenuhi kerana mereka bimbang dia tidak fokus terhadap pelajaran apabila memasuki sekolah menengah kelak.

"Danish ini seorang yang sangkat aktif bersukan menyebabkan dia terlalu sibuk sehingga leka dengan pelajarannya. Ketika itu saya minta dia belajar bersungguh-sungguh tiga bulan sebelum UPSR serta menjanjikan hadiah jika mendapat keputusan cemerlang," jelasnya.

Nor Ashikin dan suaminya yang mengusahakan sebuah kafe di Alor Setar, Kedah tidak menyangka kisah hadiah RM10,000 itu menjadi tular setelah gambar-gambar mereka dikongsi pemilik Rak Bunga Florist dalam Facebook.

Dia menyatakan mereka bukan dari keluarga senang dan duit tersebut dikumpul menggunakan wang simpanan dan hasil berniaga selama tiga bulan.

Mereka juga berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan Muhammad Danish ketika belajar dan kanak-kanak itu memutuskan untuk melaburkan wang hadiahnya dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).


Wang yang dihadiahkan ini dilaburkan dalam ASNB. 
Kredit foto: Facebook/Rak Bunga Florist

Bertuah sungguh Muhammad Danish dan dia mungkin menerima RM12,000 jika semua subjek yang didudukinya dalam USPR menerima pangkat A. - CARI
4

Bagus
2

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Elanarose

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 25-11-2019 10:11 AM
Kowserrrrr haku.....
Quote zulka 25-11-2019 10:13 AM
untungla mak bapa kaya..
boleh ye tayang2 macmni, tak risau ke anak kena kidnap
Quote cutieslilies 25-11-2019 10:15 AM
tahniah dik....

dah mak pak hang mampu...baguslaa...teruskan usaha yer...


acik pun tgh bersiap sedia utk 2020...8A kalu...mac book air dimintaknya....
Quote munchkin 25-11-2019 10:16 AM
Tahniah. Tapi apa pun baguslah ibu bapanya beri duit boleh simpan utk masa
Quote syadq 25-11-2019 10:17 AM
Kalau dapat lepas SPM ni boleh minang anak dara org terus.
Quote Modngengade 25-11-2019 10:20 AM
zulka: untungla mak bapa kaya..boleh ye tayang2 macmni, tak risau ke anak kena kidnap

Tak celah mana kayanyer sis...kat diorang ckp yg diorang bknlah berada
Quote ffbeauties 25-11-2019 10:23 AM
Marketing stunt kah?
Orang sekarang buat apa saja untuk tarik perhatian public kan. Harap dapat tarik perhatian LHDN sekali.
Quote Ina8895 25-11-2019 10:27 AM
Bagus adik ni. Simpan duit dalam ASN. Masuk U nanti tak yah pinjam PTPTN. Terselamat dari kencingan PH
Quote tagas 25-11-2019 10:35 AM
kang time biz so so

bleh amek balik duit nya

kan kan kan
Quote insulin 25-11-2019 10:39 AM
Ada sesuatu yang tak kena dengan masyarakat kita hari ni.
Quote RatuDunia94 25-11-2019 10:40 AM
Anak buah iols dpt 4A 2B iols belanja tgok wayang cerita Ejen Ali n Frozen 2 jah.  Ok lah.. as reward utk dia yg dh bersusah payah..
Quote umbut 25-11-2019 10:40 AM
Bank in jelah dlm acc anak tu utk masa depan.. gubah bunga coklat dah ler acik.. buatnya org curi, x pasal2 acik oooiii..
Quote chicozinn 25-11-2019 10:49 AM
nak naikkan marketing biz cafe ke?
Quote jerukkedondong 25-11-2019 11:11 AM
Apa nama cafe dia kat Kedah tu...area mana?
Quote inspiro92 25-11-2019 11:15 AM
untunglah dik. aku duu lSPM 11 A mintak mak pak belanja makan je sebab tak mampu.
Quote Kurex 25-11-2019 11:17 AM
jelesnya...
Quote Atata 25-11-2019 11:28 AM
Duit hadiah dari mak bapak kepada anak ibarat mak bapak hadiahkn 10k kepada diri sendiri wakakakakka
Quote ibu_haritz 25-11-2019 11:36 AM
huntonglah nakkkk..tahniah acik ucapkan..
acik mampu hadiahkan anak acik compilation komik lawak kampus je..
semoga dpt gunakan duit tu utk belajar di peringkat tinggi nanti..
semoga berjaya di dunia dan akhirat nak..
Quote lemak_masin 25-11-2019 11:38 AM
Wow baru upsr dah dapat habuan camtu.. kalau pt3, spm camneee laa pulak yeee... takkan makin kurang... mesti makin banyakkkkk... bertuah laaa kamu nak oiii... semogaaa kamu besar nanti tak mengabaikan ibu bapa kamu....
susaaahh mereka mengumpul like dan memviralkan kamu anak...

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.136783 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top