Siapa yang tidak bengang dan berasa marah apabila selipar yang dibawa ke masjid hilang seusai menunaikan solat. Oleh itu, bagi mengelakkan kejadian tersebut berlaku, seorang lelaki mengupah rakannya untuk menjaga selipar miliknya ketika menunaikan solat di sebuah masjid di Kepala Batas.
Berkongsi situasi itu di Twitter, warganet dengan nama @czero berkata mereka baru pulang dari sebuah majlis perkahwinan sebelum singgah di sebuah masjid. Katanya lagi, dia diminta bantuan untuk menjaga selipar rakannya dan diberikan upah RM20. Tidak menyangka silapr tersebut berharga ribuan ringgit, pemuda ini berasa terkejut selepas melakukan carian Google. "Kawan minta menjaga seliparnya ketika dia solat di masjid. Ingat dia gurau, dia bagi upah RM20. Bila buat carian di Google...," katanya.
Difahamkan, selipar tersebut merupakan satu jenama terkenal dan berharga hampir RM1,700 sepasang! Tindakannya berkongsi cerita tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet. "Dia pakai selipar mahal pun pergi masjid juga. Yang selipar murah tu entah singgah masjid ke tak," kata seorang warganet. Namun, rata-ratanya memuji kerana mereka menunjukkan tindakan singgah bersolat apabila tiba masuk waktunya. - CARI
|
Peterpan17 replied at 26-11-2019 08:51 AM
pakailah selipar jepun yg rega RM5. dah kenapa pakai slipper rega riban riban ke masjid klu takut ke ...
Peterpan17 replied at 26-11-2019 08:51 AM
pakailah selipar jepun yg rega RM5. dah kenapa pakai slipper rega riban riban ke masjid klu takut ke ...
najib888 replied at 26-11-2019 09:39 AM
Kan dah tulis tu.. depa baru balik dari kenduri kahwin.. singgah masjid nak solat Asar.
jazaa100 replied at 26-11-2019 09:50 AM
Dia baru balik dari majlis perkawinan
Peterpan17 replied at 26-11-2019 10:02 AM
aku dah baca. as usual aku selalu standby slipper jepun dlm keta. most people I know did the same. ...
Peterpan17 replied at 26-11-2019 08:51 AM
pakailah selipar jepun yg rega RM5. dah kenapa pakai slipper rega riban riban ke masjid klu takut ke ...
jazaa100 replied at 26-11-2019 10:07 AM
Hari tu dia tumpang keta kwn gi majlis kawin
Forfoxache replied at 26-11-2019 09:45 AM
Ko tanya la tuhan ko yang ko dok sujud tu, sebab apa nasib ko sebegitu. Ko gi dengki ngan mahluk All ...
ADVERTISEMENT