Pada Sukan SEA edisi 2017 di Kuala Lumpur, kemunculan Putera Brunei, Pengiran Muda Mateen Bolkiah mewakili Brunei Darussalam dalam sukan polo mencairkan hati para gadis termasuklah dari Malaysia. Dalam edisi sukan SEA kali ini, Mateen Bolkiah sekali lagi mencuri tumpuan apabila memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Kali Ke-30 Filipina. Menerusi laman Instagram miliknya, Mateen atau nama sebenarnya 'Abdul Mateen Bolkiah, 28, berkongsi beberapa keping foto meraikan kejayaan pasukannya di Padang Polo Inigo Zobel, Manila untuk tatapan umum. “What a tournament, what a team. Bittersweet bronze,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen. Pasukan polo Divesyen A yang terdiri daripada kerabat Brunei itu mencatatkan keputusan 5 berbalas 4 menewaskan Indonesia.
Perlawanan tersebut turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Meninjau ruangan komen, ramai wargamaya terutamanya para gadis memberikan ucapan tahniah kepada putera raja yang digilai ramai itu. Namun begitu, lebih membanggakan apabila Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas apabila menewaskan Filipina dengan mata 7-5 semasa aksi perlawanan akhir. Tahniah pasukan Malaysia dan selamat maju jaya Putera Mateen. - CARI Sumber - Instagram Putera Mateen |
nazzse replied at 4-12-2019 10:51 AM
Kaki princess tu kenkang eh??
natrahn replied at 4-12-2019 02:53 AM
elok je kepit tu awak...
MsKathryn replied at 4-12-2019 11:38 AM
Brpe byk ovari pompuan2 yg komen tu ada... bpra kali nk pecah ovari
keknaih replied at 4-12-2019 12:29 PM
nak cakap tahniah jer sbb menang. baru tau skrg musim sukan sea
nazzse: Ehh no bukan kenkang, u cuba perati kaki dia, tak straight. Kaki SHB pun sama..keturunan kot
Mfzg89 replied at 4-12-2019 03:04 PM
muka nepal je.. sbb duit je nampak ensem.
Mfzg89 replied at 4-12-2019 03:04 PM
muka nepal je.. sbb duit je nampak ensem.
ADVERTISEMENT