Aduhai, kasihannya Syeriv terjatuh dek disiku ayahnya tanpa sengaja. Anak kepada pasangan Shaheizy Sam dan Syatila Melvin ini mahu berkomunikasi dengan Sam yang leka dengan telefon pintarnya. Setelah meletakkan gelas di singki, Syeriv dipercayai mahu melangkah ke kerusi ayahnya tapi hilang keseimbangan menyebabkannya terjatuh. Dalam masa sama, Sam juga kelihatan seolah-olah menyikunya.
Kejadian yang berlaku di meja makan dapat disaksikan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dengan aksi Syeriv yang menangis lalu diangkat oleh Sam. Ianya turut mendebarkan warganet. Kapsyen Syatila pula sentiasa kelakar dengan mengejek kerenah anaknya. Tiada komen negatif dari warganet. Kesemuanya terhibur dengan aksi spontan anak sulong Sam dan Tila ini. Malahan, menerusi komen-komen, rupa-rupanya ini bukan kali pertama kecuaian Syeriv, sudah beberapa kali katanya. Apa pun, mungkin selepas ini Sam perlu memastikan keadaan dalam selamat sebelum menggunakan telefon pintar. Terutamanya apabila membabitkan anak berada di sekelilingnya. Maklumlah anak-anak kecil ni memang 'fragile'. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|