CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dituduh Cabul Yusuff Rawther, Polis Akan Panggil Anwar Beri Keterangan

12-12-2019 10:23 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3146| Komen: 16|Original author: Tukang Tulis

Anwar Ibrahim. Kredit foto: Facebook

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa saksi lain akan dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan berikutan dakwaan cabul yang dibuat oleh Muhammed Yusoff Rawther.

Memetik laporan Malaysia Gazette pada 11 Disember, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menjelaskan, mereka akan dipanggil setelah pihaknya mendapat tarikh yang sesuai.

Polis juga telah merakamkan keterangan Muhammed Yusoff yang juga bekas pegawai Anwar serta mengambil akuan bersumpahnya pada 9 Disember lalu.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Anwar bersama ahli-ahli PKR semasa menghadiri Kongres Nasional Keadilan Ke-14 di Melaka baru-baru ini. Kredit foto: Facebook

Huzir turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, Anwar dalam satu kenyataan melalui Facebook menyatakan terima kasih kepada polis kerana menyegerakan siasatan kes yang dianggap sebagai fitnah terbaharu terhadap dirinya.

"Ingin saya tegaskan bahawa saya bersedia memberi keterangan kepada pihak polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan," jelasnya.

Muhammed Yusuff juga datang ke Bukit Aman untuk kali kedua pada 10 Disember untuk memberi keterangan tentang kes itu.

Dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 7 Disember dan pernah menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan dirinya akibat diancam pihak tertentu.

Muhammed Yusuff Rawther. Kredit foto: Facebook
Muhammad Yusuff dalam akuan bersumpahnya mendakwa Anwar mencabulnya pada 2 Oktober 2018.

Namun, dakwaan itu dinafikan oleh Anwar dengan alasan beliau sibuk berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson ketika itu.

Sama-sama kita nantikan apakah episod seterusnya dalam kes yang boleh menggegarkan dunia politik tanah air ini. - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 12-12-2019 10:50 AM
Auta kuat bang non
Quote otai_g 12-12-2019 10:59 AM
bang non da checkmate.

da bnyk kes bang non ni merujuk pd homoseksual.

x kan semuanya kbtln dan konspirasi. Jd sndri blh pikir.


Quote lipans 12-12-2019 11:03 AM
betul betul dah kembali zaman tun yg dulu.

rindu kan...
Quote Ina8895 12-12-2019 11:06 AM
otai_g: bang non da checkmate.da bnyk kes bang non ni merujuk pd homoseksual.x kan semuanya kbtln dan konspirasi. Jd sndri blh pikir.


Jemin camna?
Quote Kurex 12-12-2019 11:09 AM
hahahahahahahahahahahaha
Quote lipans 12-12-2019 11:12 AM

mana tak tumpah kuah kalau tak ke timbalan.

dia maybe boleh terlepas masa tun ada, tunggu la lepas tun dah tiada....


Quote EmaAsmadi 12-12-2019 12:27 PM
Sejarah mungkin berulang
Quote rykall 12-12-2019 01:25 PM

sejarah mungkin berulang...tetapi kalau berulang tidak akan mungkin raykat akan berguling di jalan raya sambil teriak reformasi...raykat lebih pening dgn isu ekonomi sendiri yg makin teruk.
Quote minguk 12-12-2019 01:26 PM
kenapa baru sekarang?
Quote ninja9 12-12-2019 02:13 PM
lelaki kena serangan seksual jrang kena report tp bila ada, wpun ianya realiti, ianya kelihatan pelik dan sedikti lucu.  

utk kes ni, dahlah report polis lambat buat, reaksi polis juga lambat.  mcm tak nak jer..

klu tak ada kaitan politik mungkin orang ramai akan terkejut besar. ni dah kes berulang, orang tak hairan sgt dah sebab klu memang berlaku pun tetap ada faktor politik tapi orng tetap ambil peduli sbb orang tertudu itu salah seorang pemimpin

wpun tertuduh ada figure besar dlm masyarakat tetapi masih tak belajar dr kesilapan, boleh kena penjara dan hancurkan kariernya sendiri.. dah kena pun, tetapi bila ada godaan, ada laki2 goyang2 bontot didepannya, terus terkam..  lemah betul karakter, ni dah kes ke3, nafsu besar sgt ker...

goyang2 bontot depan dia, terus kena terkam, terus tuduh serangan seksual, senang sangat kenakan pemimpin ni.. hahahaha

jgn ambil serius tulisan ni ..



Quote armin 12-12-2019 02:37 PM
rykall: sejarah mungkin berulang...tetapi kalau berulang tidak akan mungkin raykat akan berguling di jalan raya sambil teriak reformasi...raykat lebih pening  ...

Takde reformasi dah masing2 dlm
Ph takleh pakai
Quote che-cikL 12-12-2019 02:40 PM

badan beliau dah kebal keracunan arsenik.... mmmm nak keracunan apa yang kali ni?
Quote MissLana 12-12-2019 02:43 PM
CACA MARBA
Quote Perawankota 12-12-2019 07:28 PM
Reformasi lg ke
Quote twilightpinky 14-12-2019 10:26 AM
Kena game la bang non
Quote renko 14-12-2019 11:35 AM
telan ubat kuat apa la dia ni ye

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.106539 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top