CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengapit Lelaki Mengamuk, Tumbuk Pengantin Perempuan Dalam Majlis Resepsi

12-12-2019 10:29 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 5521| Komen: 14|Original author: Oleh: Pink Lily

Kredit foto: Daily Mail

Kecoh jadinya apabila seorang lelaki menumbuk pengantin perempuan yang baru menjadi kakak iparnya ketika majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai di Lampeter's Falcondale Hotel, Ceredigion, Wales, UK, lapor Daily Mail.


Pengantin lelaki, Steffan Wilson (kiri) dan pengantin perempuan, Erin Mason-George (kanan).
Kredit foto: Daily Mail


Kredit foto: Daily Mail

Sebelum ditumbuk, Erin Mason-George terjatuh dari tangga apabila gaun pengantinnya ditarik Tomos Rhydian Wilson, 29, yang juga merupakan salah seorang pengapit pengantin lelaki. 

Dalam insiden 27 Julai itu, Wilson turut menyatakan yang abangnya tidak sepatutnya berkahwin dengan pengantin perempuan tersebut. Selain itu, ibu pengantin perempuan, Linda, dua adik perempuannya Dion dan Cally, serta pengurus hotel tersebut turut diserang dalam siri amukan itu. 


Kredit foto: Daily Mail

Namun, lain pula penjelasan daripada pihak tertuduh yang menyatakan punca pergaduhan itu sebenarnya bermula daripada keluarga pihak pengantin perempuan apabila Wilson melihat kakak iparnya mencarut dan menampar abangnya yang mabuk sewaktu ingin dibawa masuk ke bilik tidur. 

Dia juga mendakwa kakak iparnya telah menolak, menumbuk dan membaling pasu serta botol ke arahnya, tetapi dinafikan Erin. 

Bagaimanapun, dalam perbicaraan baru-baru ini, hakim memutuskan bahawa Wilson didapati bersalah terhadap lima serangan dan dua kerosakan jenayah dalam insiden tersebut. 

Sebagai hukuman, Wilson diarahkan untuk melakukan tanggungjawab komuniti selama 12 bulan, kerja selama 240 jam tanpa gaji dan membayar pampasan kepada kesemua mangsa.  - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 12-12-2019 10:44 AM
ganasnya msg2
Quote luluaurora 12-12-2019 11:04 AM
Uishhh ganaihh..
Ke adik n kak ipor becinta dendiam tpi si pmpun kawen ngn abang, adik ngamuk hahahahah
Quote Kurex 12-12-2019 11:06 AM
adik lagi nampak tua dari abg
Quote nononcrux 12-12-2019 11:10 AM
emosi memasing.. haih tu la mabuk lagi
Quote sarah82 12-12-2019 11:13 AM
Kokesen kena rasukan setan The Nun ni. Mana mungkin bangsa suci sanjungan melayu urban buat perangai tak bertamadun
Quote Atata 12-12-2019 11:14 AM
Start perkahwinan dengan drama. Mmg sampai hujung hayat la takkan aman, ada saja tak kena
Quote olaoli 12-12-2019 11:42 AM
mesti nanti kakak dia ngadu dalam KRT
Quote i_is_kennot 12-12-2019 12:49 PM
Mmgg tak puas hati masing masing.. Baling2 kek lah baru fun
Quote Artemesiaa 12-12-2019 12:53 PM
Sama2 baran maka mendapat ler
Quote kechikchomel 12-12-2019 12:58 PM
macam mana la nak menghadap muka masing2 krismas nanti
Quote Azharitubunga 12-12-2019 01:08 PM
Kokosen ni makan ikang kata asedang
Quote ikanmasin 12-12-2019 01:22 PM
wow ganas2 ,takde pl kene penjara kan,kene srh buat kerja tanpa
gaji,kerja komuniti dgn byr pampasan..pastu terpaksa hadap muka
kakak ipar yg dia pukul lg,
Quote minguk 12-12-2019 01:31 PM
tu lah masuk campur hal keluarga orang sangat
Quote Perawankota 12-12-2019 06:45 PM
Mabuk ler tuuuuu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061736 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top