CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Menang Nyanyian Atau Lawak Dapat Hadiah Lumayan, Tapi Kalau Pelakon Balik-balik Dapat Trofi Je"

13-12-2019 10:42 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5786| Komen: 32|Original author: natrahn


Pelakon yang popular menerusi watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur dan Nur 2, Azhan Rani mengusulkan agar anugerah yang membabitkan pelakon diberi  ganjaran lumayan  termasuk wang tunai.

Ini kerana sebelum ini, beberapa acara anugerah mengiktiraf pelakon dengan memberikan imbuhan seperti wang dan hadiah percutian atas kejayaan mereka.

Walaupun ganjaran itu dilihat tidak besar, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu menjadi pembakar semangat untuk mereka bekerja keras dan terus menggali potensi.


"Jika pemenang acara nyanyian dan lawak sering menerima ganjaran lumayan, termasuk wang tunai, mengapa perkara sama tidak dipraktikkan untuk anugerah membabitkan pelakon?

“Kebanyakan acara yang mengiktiraf pelakon pada hemat saya, hanya terarah untuk nama semata-mata. Sesetengah anugerah, langsung tidak memberikan impak kepada pemenang.

“Kami hanya menerima trofi yang membuktikan bakat diiktiraf, sedangkan kami turut menyumbang kepada industri hiburan menerusi karya yang dijayakan,” demikian luahan Azhan Rani yang dipetik melalui laporan Berita Harian.


Menurut Azhan lagi bukanlah niatnya mempertikai keikhlasan pihak yang menganjurkan sesuatu anugerah. Namun beliau berharap pihak terbabit mempertimbang usulnya itu sebagai menghargai usaha dan keringat anak seni mengangkat industri hiburan tempatan.

Kredit foto: Roti Kaya

“Saya mengharapkan akan ada perubahan dan penganjur tidak lagi mengulangi perkara sama apabila pemenang hanya diberikan trofi. Namun, nampaknya perubahan itu belum berlaku.

“Selepas menang, kami akan kembali menjalani rutin seperti biasa. Tiada beza sama ada menang atau kalah, cuma yang berjaya akan pulang membawa trofi. 

"Sedangkan kami turut membuat pelaburan untuk menyarung persalinan mengikut tema dan mengeluarkan pelbagai perbelanjaan lain,” katanya.

Warga maya turut menyokong usul ini kerana pelakon juga sama seperti karyawan lain menyumbang pada industri hiburan tempatan.



Tak sangka rupa-rupanya selama ini, pelakon hanya dapat trofi sahaja tanpa sebarang imbuhan. Semoga usul Azhan Rani ini menjadi kenyataan. Barulah makin semangat nak menghasilkan karya-karya 'power' kan. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 13-12-2019 10:54 AM
Bukan apa lah... Pertandingan ada sponsor... Anugerah biasanya takde.

Lagipun pertandingan zaman sekarang ni ada tempoh berminggu perah otak buat persembahan untuk menang.

Acara anugerah tu pengiktirafan terhadap hasil kerja mereka...berlakon ke menyanyi ke. Masa berlakon tu kan dah terima payment.

Menang tak menang tercslon tak tercslon  masa anugerah, payment dah dapat dah. Tapi dalam pertandingan, hanya yang juara dapat banyak imbuhan. Yang tersingkir awal tu takde lah dapat imbuhan lumayan.

Adil kot rasanya... {:thief
Quote Rhyno 13-12-2019 10:57 AM
anugerah Oscar pun dpt trofi je ustaz wehhhhh
Quote natrahn 13-12-2019 11:00 AM
Rhyno replied at 13-12-2019 10:57 AM
anugerah Oscar pun dpt trofi je ustaz wehhhhh

oscar trofi emas kan...emas salut ke tu
Quote RumiMenari 13-12-2019 11:08 AM
Tapi bekas ratu dewi menangis teresak2 atas stage tatkala dinobatkan anugerah di abpbh persis menggondol rm100k
Quote gigi 13-12-2019 11:11 AM
ok ape...........dari tak dapat ape2 syukur selalu
Quote s@me@ne 13-12-2019 11:32 AM
dengarlah luahan pelakon tu asteruk. buat pertandingan untuk pelakon pulak. sketsa sebabak. all star bukak panggung tu tak ubah macam super spontan versi drama je. kasila format cam maharaja lawak mega tu. buat sketsa 5 minit bertanding 9 minggu. nak tengok menangis ke tidak penonton
Quote Mfzg89 13-12-2019 12:52 PM
Sekolah dulu pn dapa sijil je..kalau mewah skit pensil case RM5..   elok je besor leh berjaya.

korg ni dah besar + femes lagi so pandai2 ler cari market dgn trofi tu.. dah knp jadi retis kalau dah tau korang laku sampai umur 30 je...
Quote beni_nikaido 13-12-2019 01:11 PM
cian ustaz hamadi
tahun depan masuk bertanding gak la mcm Khir Rahman
masyuk gak
ape ada hal...rezeki di mana2
Quote abadi84 13-12-2019 01:25 PM
Hem....is getting bored already
Cikgu claim keje dia ssh padahal byk jer cuti lebih dr pekerjaan lain di muka bumi ni
Nurse pun sama, stress yg amat dgn karenah manusia, padahal intensive elaun dia pun boleh tahan blm2 lg klu kne hntr ke saudi masa haji sana...tu yg jd bakal isteri idaman
Surirumah pun claim dia paling stress, walhal mmg duduk trperuk trkurung tp seronok tak pth pikir nak punch card or iron baju nak gi keje.
Bidang kerja kau yg pilih...tak pyhlah nak berkeluh kesah sgt. Jgn harap org lain faham sbb org lain pun ade struggle masing2 jugak
Quote anony-mous 13-12-2019 01:42 PM
Sb berlakon tu lebih mudah kalau nk bandingkan dgn pelawak. TBH i lebih rela tgk lawak yg menjadi compare to any drama. For me until now xde individu boleh beat bakat nabil masa raja lawak musim 2, dan xde duo boleh lawan jozan & xde kumpulak boleh lawan sepah.

Kalau la Nur sama tanyangan dgn MLM musim sepah mendunia tu mmg good bye la Nur
Quote miss_strangers 13-12-2019 01:44 PM
Setad hamadi masuk MLM la...jadi pelawak solo...dapat gak bawak balik rm500 ribu kalau juara...nak soh masuk gegar veganja , suara setad xsedap pulak
Quote abadi84 13-12-2019 04:02 PM
ctaf replied at 13-12-2019 01:40 PM
Betul sgt yg ni.setiap budang tu pilihan sendiri dan setiap bidang kerja ada cabaram sndr.jgn la c ...

Tue lah...
Meols.menyampah anak seni berkeluh kesah hidup di hari tua.
Masa muda ada beringat tak?
Time ko mndonia ko boleh dpt income yg marhaen cuma dpt sebulan sekali tau tak...ko satu projek drama dah 5k..klu series satu episod busuk2 pun 1k...marhaen ada income mcmtu?
Lg mau bising di hari tua tak der saving, merempat tak dihargailah..
Mcm heh sgt...
Ko rasa pak guard tu ada org hargai ke?
Org kerja demi survival...
Quote scrocth 13-12-2019 04:18 PM
abadi84 replied at 13-12-2019 04:02 PM
Tue lah...
Meols.menyampah anak seni berkeluh kesah hidup di hari tua.
Masa muda ada beringat ta ...

Betul sis. Tgk ig sesetengah plakon, habis jer shooting or projek, terus melancong ke luar negara. Esok bila dh xlaku, dikeluh kesahkan nasib diri. Masyarakat pn pening nak kesian ke x
Quote fealefea 13-12-2019 04:22 PM
lawak tak boleh ulang. mmg kene cpt pick up line. Dia pon pernah interframe bintang bersama bintang aritu. Nervous tgknya. takan tak tau pressure die camne.
Quote edoraixora 13-12-2019 04:24 PM
sejak disebut2 & dipuji2 orang pasal lakonan dia ni, makin bitter pulak ye
mujurlah ada jugak dapat anugerah, kalau x habuk pun tarak
Quote abadi84 13-12-2019 07:50 PM
scrocth replied at 13-12-2019 04:18 PM
Betul sis. Tgk ig sesetengah plakon, habis jer shooting or projek, terus melancong ke luar negara. ...

Tue lah meratap sana sini tak dihargai.
Sendu jering tak der minda pun maintenance jer 15k sebulan. 15k tu marhaen cam aku kena keje 4 bln tau baru cecah jumlah tu...dululah...skrg alhamdullilah kerja sendiri bisnes...tp berpeluh jugaklah nk dpt 15k sebulan...hujung2 kau meratap sendu tak dihargai.
Pemain bola pun sama, bila kalah gameplay x cantik marah.org kritik...mcmlah kau main bola tu free...kerajaan invest beratus ribu kau perform mcmtu...pastu kena kritik mnjawab kau ingat senang ke cuba kau yg main...ehhh hangin aku mndengarnyer...kau yg pilih kerja nak main bola kau kenalah buat kerja dgn baik... aku kalau buat kerja salah pun kena marah dgn boss tahu tak!
Quote karamell 14-12-2019 09:19 PM
Lepas drama NUR ni, makin menjadi2 merungut itu ini.
Takder sape paksa pun dia jadi pelakon. Takkan selamanya nak jadi pelakon sampai ke tua. Pelakon muda pun pandai buat bisnes, bukan setakat berlakon semata.
Quote RatuDunia94 14-12-2019 09:48 PM
Abis nk suruh stesen tv buat pertanfingan lakonan sepuluh minggu kat tv ke cane? Mcm membosankan je...
Quote natrahn 15-12-2019 12:57 PM
RatuDunia94 replied at 14-12-2019 09:48 PM
Abis nk suruh stesen tv buat pertanfingan lakonan sepuluh minggu kat tv ke cane? Mcm membosankan je. ...

Harap ada sponsorship untuk anugerah juga ni..takde la dapat hadiah trofi je

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.045081 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top