Tapi tidak semuanya bertuah kerana dapat melihat atau terserempak dalam tujuh orang yang wajahnya sama ini. Baru-baru ini seorang pengguna media sosial telah berkongsi gambar anak sepupunya yang mirip dengan muka pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa siap dengan kedudukan tahi lalat yang sama. Bukan sahaja comel, malah kanak-kanak perempuan ini pandai pula 'posing' di depan kamera. Anak kecil ini, Che Naura Auni Che Fahdlullah, yang baru berusia 5 tahun kelihatan manis mengenakan selendang hitam sambil berposing dengan gayanya tersendiri. "Ada nampak orang kata dia kelihatan seperti saya dan saya juga nampak persamaan itu," ujar Neelofa di Twitter. Memetik laporan dari mStar, Maisarah Zamri, 25, memuat naik foto itu sehingga ia menjadi tular mengakui terharu dengan respons yang diterimanya. "Naura Auni tu anak sepupu saya. Dah lama kami perasan muka dia hampir sama dengan Neelofa. "Dia pun memang suka pakai selendang. Bila bergambar, dia nak dress up macam Neelofa. Dia minat sangat. "Bila keluarga kongsi gambar dia dalam grup WhatsApp, saya suka-suka sahaja kongsi di Twitter," ujarnya. Menurut Maisarah lagi, dia juga gembira apabila pengacara MeleTop itu turut memberi reaksi kepada posting miliknya, begitu juga keluarga Naura Auni yang turut gembira mendengar perkhabaran itu. Muka dah sama. Semoga suatu hari nanti anak kecil ini turut berjaya seperti Neelofa. - CARI |
Kurex replied at 13-12-2019 11:35 AM
semoga @Boomibulat tak jadi pedo
beta_carotene replied at 13-12-2019 11:55 AM
Gituu bila Mak sedara batak artis
ADVERTISEMENT