Ada sahaja cara untuk mempromosi produk agar mendapat perhatian pengguna seterusnya membuatkan mereka membelinya. Terbaru, dapat dilihat Watsons Malaysia turut melakukan cara promosi yang unik untuk 'menjual' losyen pisang keluarannya.
Menggunakan cara melekatkan produk tersebut di dinding dengan pita pelekat, ia seolah-olah meniru karya seni pisang bernilai hampir RM500,000 di sebuah galeri di Amerika Syarikat baru-baru ini. “Losyen Pisang: RM18.90 sahaja, dengan ekstrak pisang sebenar. Hanya di #WatsonsMalaysia,” catat Watsons di Twitter. Ramai di kalangan pengguna yang berasa teruja, malah teringin mencuba losyen dengan perisa pisang itu.
Ada juga yang berkongsi testimoni selepas membeli dan menggunakan losyen dengan esktrak sebenar pisang itu. "Bau dia best macam cake pisang," tulis seorang pengguna di ruang komen. Dapat dilihat syarikat di Malaysia gemar menggunakan fenomena di laman sosial untuk mempromosikan produk terbaharu mereka. Ini termasuklah ayat 18-19 yang begitu popular selepas kes kontroversi Da'i Farhan dan isteri keduanya. - CARI
|
Orix: Losyen watsons iols suka yg marula tu. Betul2 moist n tak lekit cuma agak heavy. Tp iols keje dlm aircond so just nice la. Bau pn sodap
Orix replied at 13-12-2019 08:12 PM
Losyen watsons iols suka yg marula tu. Betul2 moist n tak lekit cuma agak heavy. Tp iols keje dlm ai ...
makneng replied at 14-12-2019 01:09 AM
Brp hengget sister? Tetiba teringin
epal21 replied at 13-12-2019 06:51 PM
Dulu iols pernah pakai chocolate body lotion,memang badan bau mcm coklat sampai kawan iols ingatkan ...
fly_in_d_sky replied at 14-12-2019 11:09 PM
jenama Palmer's ke?
Cocoa Butter
memang ada coklat ..
ADVERTISEMENT