CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eina Azman Dipuji Masuk Kampung Bantu Keluarga Daif

15-12-2019 10:10 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 17366| Komen: 112|Original author: Oleh: top5complete

Datin Paduka Eina Azman sering kali muncul dengan posting terbaru di Instagram tentang dirinya yang selalu membantu orang susah. Kali ini, dia tampil membantu tiga keluarga kurang kemampuan dan mendapat perhatian ramai.



Foto: IG

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkongsi video di IG yang menunjukkan dia sedang menziarahi keluarga daif di sekitar Kelantan.

Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak apabila melihat keadaan daif dan serba kekurangan keluarga berkenaan.

"Luluh dan sebak hati melihat keadaan mereka. Buat anda yang mahu membantu ringankan beban keluarga-keluarga ini, boleh menyalurkan bantuan," tulisnya.


Foto: IG 

Menerusi rakaman video tersebut, Eina yang sinonim dengan kehidupan serba mewah tidak kekok beramah mesra dan melayan ahli keluarga terbabit termasuk kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU).


Foto: IG

Beliau juga sanggup duduk bersila di atas lantai sambil berbual santai dengan tuan rumah serta menghulurkan makanan untuk anak-anak kecil.



Semoga Eina Azman dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ladybird910 15-12-2019 10:18 AM
Mana pergi jabatan kebajikan masyarakat?

Utk eina..sedekah mahupun zakat kepada fakir miskin dari sumber haram xmhalalkan sumber tersebut..wallahualam
Quote slyfynx 15-12-2019 10:27 AM
Xperlu la kot rakam video.
Bukan aku x sokong ye org buat kebajikan, tp kalau melwat rumah org yang daif, xperlu ye pakai menunjukkan kekayaan. Just my 2 cents la.
pakai sederhana supaya org susah tu x la rase hina sgt.

And @Ladybird910 Betul ape ko ckp. Sian yg menerima tu jg. Jadi isi perut kot kalau dpt makanan.
Quote LadyCarefree 15-12-2019 10:54 AM
slyfynx: Xperlu la kot rakam video.Bukan aku x sokong ye org buat kebajikan, tp kalau melwat rumah org yang daif, xperlu ye pakai menunjukkan kekayaan. Just my ...


Setujooooo
Quote TerataiMelur02 15-12-2019 11:01 AM
Ladybird910 replied at 15-12-2019 10:18 AM
Mana pergi jabatan kebajikan masyarakat?

Utk eina..sedekah mahupun zakat kepada fakir miskin dari ...

Tepat dan paduuu.. Sorry karatzz eina..
Quote TerataiMelur02 15-12-2019 11:02 AM
slyfynx replied at 15-12-2019 10:27 AM
Xperlu la kot rakam video.
Bukan aku x sokong ye org buat kebajikan, tp kalau melwat rumah org yang ...

Setuju sangat2. Xboleh ke pakai biase2 je.. Baju kurung pun dh ok kot
Quote kikikiko 15-12-2019 11:07 AM
Duduk bersila pun ko kagum. Dia ni bkn lahir2 je kaya trus. Dlu2 berkerak jgk. Apapun ok la bntu org ssh ni.
Quote prizadane 15-12-2019 11:09 AM
Eina ni bukan asal anak orang kaya pun, so logik je kalau dia tak kisah duduk bersila kat rumah orang. Dia kaya hanya selepas kahwin dengan datuk paduka ya...rengsa iols baca komen netizen yang memuji keperibadian sheols...

N sumber derma tu, pastikan dari sumber yang halal yach.. jangan amalkan konsep money laundering gitu
Quote julielapadite 15-12-2019 11:15 AM
Ada bagusnya rekod amalan kebajikan mcm ni supaya org lain dpt ikut tp bagi diri aku sendiri aku lagi bahagia sgt kalau buat kebaikan yang tak direkod kat socmed. Utk elak jadi rasa bangga. Takut ikhlas tu hilang dgn setiap like yg org bagi kot timbul pulak rasa lapar attention. Utk diri sendiri la. Lain org lain cara dia sbb aku tau Eina Azman ni rajin buat kebaikan. Peaceee yo
Quote stargazer20 15-12-2019 11:15 AM
slyfynx replied at 15-12-2019 10:27 AM
Xperlu la kot rakam video.
Bukan aku x sokong ye org buat kebajikan, tp kalau melwat rumah org yang ...

Saya pun terfikir macam tu...kalau nak menderma tu tak payah lah nak upload ke ig,fb..itu rahsia anda dan Allah...bertambah pahala...dia pun bukannya lahir kaya raya sebab suami je...
Quote Sazida 15-12-2019 11:19 AM
Cuba jd mcm arwah pakyus.. derma diam2. Bila hari dia meninggal, bertubi2 cerita kebaikan dia bantu org susah keluar. Kt kubur pun ramai yg pergi. Ini siap rekod lagi. Baik kau pergi join team bersamamu jah eina oi
Quote kajol77 15-12-2019 11:19 AM
Rimas dgn style rambut dia tu.. elok toncet je.. atau pakai la tudung ..
Quote KIM.K 15-12-2019 11:33 AM
Effort yang baik but pakai subang gantung bagai agak intimidated bagi orang susah. Thats why politician pakai macam orang biasa gi tagih undi

Better pakai baju kurung bunga halus cepat disayangi gituh
Quote Knowlee 15-12-2019 11:36 AM
Ladybird910 replied at 15-12-2019 10:18 AM
Mana pergi jabatan kebajikan masyarakat?

Utk eina..sedekah mahupun zakat kepada fakir miskin dari ...

Betul tu... I setuju... Itulah kenyataan.
Quote nia_salina 15-12-2019 11:43 AM
Ramai puji eina ni kt socmed tp kn walau pun iols ni dak la baik sgt iols nak tau sumber kekayaan laki eina diragui ke idak untuk dia memberi ke org lain
Quote aleesyasofia 15-12-2019 12:03 PM
skerinya tgk kulit sheolss..
Quote adila39 15-12-2019 12:10 PM
ok je tgk dia.. i rasa dia ok je..kita pun x buat apa yg dia buat.
Quote crazybeach 15-12-2019 12:22 PM
gegeh nya kau nak menayang kan nok siap berlintas langsung dari pasaraya mydin bagai nak menunjuk bertroli2 barang kau sponsor. dah tu siap pakej staf mydin pulak kena hangkut barang2 masuk rumah. ni masuk rumah orang main terjah ke hapa ni sampai tuan rumah tak dan nak pakai tudung proper segala cuma sempat serkup tuala mandi jah nak buat tutup kepala
Quote c===8 15-12-2019 01:08 PM
RPA pun selalu duduk bersila atas lantai,takde sapa kecoh pun
Quote sok_suci 15-12-2019 01:11 PM
Haha ni semua riakk confirmmm

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.076102 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top