CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Maut Tertonggeng Dalam Tong Sampah Di Rumah Pengasuh

16-12-2019 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5366| Komen: 12

Bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Taman Pasir Pinji, Ipoh, kelmarin.

Memetik Berita Harian, mangsa tersembam dalam bakul sampah selepas terjatuh dari katil dan kejadian itu hanya disedari pengasuhnya, 24, pada jam 6.15 petang.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan daripada pihak pengurusan sebuah hospital swasta berhubung kematian bayi itu jam 8 malam hari kejadian.

Siasatan awal mendapati mangsa dihantar bapanya untuk dijaga dua pengasuh berusia 45 dan 24 tahun sejak bayi itu berusia 30 hari.


Gambar Hiasan

“Kedua-dua pengasuh wanita itu tidak mengenali siapa ibu bayi berkenaan dan bapanya hanya melawat mangsa sebanyak empat kali sebulan.

“Pengasuhnya yang berusia 45 tahun bekerja pada hari kejadian dan sepanjang dia bekerja, bayi berkenaan dijaga anak perempuannya yang berusia 24 tahun,” katanya.


Tambahnya, pada hari kejadian hanya pengasuh terbabit berada di rumah dan dia menidurkan mangsa yang baru pandai merangkak di atas katil dalam bilik dan meletakkan bantal sebagai penghalang.

“Bayi itu ditinggalkan tidur di atas katil dengan dikelilingi bantal tinggi pada jam 5 petang dan 30 minit kemudian pengasuhnya ada menjenguk di bilik dan dapati mangsa masih tidur dalam keadaan baik.

“Pada jam 6.15 petang, pengasuhnya sekali lagi meninjau keadaan bayi itu dan mendapati mangsa jatuh dalam keadaan tertonggeng dan kepalanya berada di dalam tong sampah yang berada di tepi katil. Tiada sebarang bunyi atau tangisan didengari sebelum kejadian berlaku.

“Bayi itu tertonggeng masuk ke dalam tong sampah dan darah terkumpul di paru-paru menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi,” katanya.

A Asmadi berkata, pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan penderaan atau elemen kecederaan lain.

Pengasuh terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. - CARI
9

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
15

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harubom 16-12-2019 12:10 PM
Edited by harubom at 16-12-2019 12:14 PM

Allahuakhbar. Tp kenapa diorang tggl anak dkt pengasuh tu terus??I mean tgk 4 kali je sebulan??? Mak pun xpernah nampak?!? Sedihnya for the baby
Quote Artemesiaa 16-12-2019 12:17 PM
harubom replied at 16-12-2019 12:10 PM
Allahuakhbar. Tp kenapa diorang tggl anak dkt pengasuh tu terus??I mean tgk 4 kali je sebulan??? Ma ...

Ada je jenis macam tu anak macam tinggal dengan pengasuh sesekali je mak pak datang jenguk bukan hantar dan ambik anak hari2.  Selalunya chinese family ada buat service jaga budak macam ni.
Quote luvemedaa 16-12-2019 12:18 PM
Allah. Takziahh. Seusia anakku. Tak leh bayang kan baby tu saat2 akhir begitu.
Quote palmolive 16-12-2019 12:19 PM
Artemesiaa replied at 16-12-2019 12:17 PM
Ada je jenis macam tu anak macam tinggal dengan pengasuh sesekali je mak pak datang jenguk bukan h ...

yup, selalu cina ada servis cmni...
Quote i_is_kennot 16-12-2019 12:24 PM
Allahu.. Jatuh tak dgr suara pulak tu, salam takziah buat keluarga  baby ,  i is sedih
Quote abas8888 16-12-2019 12:33 PM
keluar modal sikit belilah katil bayi tu..lagi selamat..pusing2 dok tang dalam tu je tak gi mana..
Quote zafira 16-12-2019 12:51 PM
palmolive replied at 16-12-2019 12:19 PM
yup, selalu cina ada servis cmni...

my former project manager pun camni... sebulan sekali tengok anak... bayar ribu2 jugaklah sebulan...
Quote putehh 16-12-2019 01:13 PM
Camne la leh parent mcm ni..aku klu klu blk lambat..tgk anak2 dh tido pn rasa sedih..xsempat jumpa anak ..dhla anak lum bgn dh keje
Quote bondeh 16-12-2019 03:46 PM
siannyaaa
Quote vee_zara 16-12-2019 10:40 PM
I think chinese yg slalu tinggal anak kat pengsuh berhari2
Quote poison_paradise 17-12-2019 02:26 AM
Yup pnh ada kenalan chinese..laki bini keje kat bandar utama..anak dihantar ke rumah pengasuh..sebulan sekali peegi jenguk..wei tak rindu ke..tp dorg keje mg dr pagi ..mlm baru balik.. Sbln sekali baru bwk anak balik rumah..ntah la..ku rase sedih plak..tp deols nmpk bahagia.
Quote Macikbirah 21-12-2019 12:59 AM
Artemesiaa: Ada je jenis macam tu anak macam tinggal dengan pengasuh sesekali je mak pak datang jenguk bukan hantar dan ambik anak hari2.  Selalunya chinese famil ...

Yess.. Chinese selalu begini. Tp if family weols...pengasuh be stay runs sekali.. baby mmg stay dgn pengasuh 24/12

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.039987 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top