CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Nak Redah Banjir, Sekali Tak Lepas" - Lelaki Terkurung 2 Jam Dalam Kereta

16-12-2019 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3740| Komen: 16

Dek kerana terperangkap dalam banjir, soerang lelaki terpaksa 'berkurung' dalam kenderaannya dalam satu kejadian di Jalan Kota Tinggi-Mersing awal hari ini.

Namun, dia akhirnya berjaya diselamatkan pihak bomba selepas terperangkap selama dua jam di situ. 

Kredit foto: Bernama

Mangsa, Lor We Keong, 43 dikatakan sedang memandu ke arah Mersing dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger dalam kejadian 5 pagi itu. 

Namun, ketika tiba di kawasan kejadian, kenderaan dipandu Lor dilaporkan tidak dapat melepasi air yang sedalam 2.1 meter hingga 2.4 meter itu, Bernama melaporkan. 

“Pihak bomba yang berjaya menyelamatkan mangsa pada pukul 7.30 pagi telah menggunakan bot Amphibious untuk melakukan operasi (penyelamatan).


“Operasi pula melibatkan lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Negeri Johor,” kata Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor, Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed.

Mangsa kemudiannya dibawa pulang oleh ahli keluarganya. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fatinandreanna 16-12-2019 06:21 PM
Kdg2 dh banjir susah nk agak kedalaman air.
Quote Artemesiaa 16-12-2019 06:43 PM
Betul bila banjir susah nak tahu kedalaman air jadi jangan cuba2 main redah sendiri jugak yang susah nanti
Quote shernazz 16-12-2019 07:01 PM
Jangan hoiii...kekadang memula nampak ok
Pastu tetiba tang yang dalam sikit..menggagau wei..
Iols penah kena masa kat ganu
Kawan iols hanat btol bleh cakap lepas tu..sebab naik 4x4
Rupanya dalam kat tengah
Undur cecepat..mmg.mintak.maki...x balik kl aku
Quote TravellingBear 16-12-2019 07:03 PM
Pernah kat jb .... redah banjir rerupanya masuk longkang. . Sian amoi singaporean tu meninggal ..... kejadian lebih 10 tahun lepas
Quote Kurex 16-12-2019 07:05 PM
masa kecik selalu main banjir
Quote Carcosa 17-12-2019 12:48 AM
Padan muka ko apek!
Meols perasan, yg bwk 4x4 ni kdg2 ingat dia king of road. Mentang2 lah bagak. Bwk mesti nak most right lane, then laju2 cucuk blkg org.
Ni over confident, masuk ko dlm air. Sebbaik tk mampos. Kena air berpusar, mampos kau lemas dgn 4x4 ko.
Gichewww meols sumpah seranah  {:nose
Quote merrissa 17-12-2019 07:45 AM
[youtube]v=uI6mRg8_OBc[/youtube]

setelah melihat vdeo ini....pasti anda trauma
Quote mejaputih 17-12-2019 08:18 AM
Tgk video lori besar pun boleh terbalik tenggelam..seram tgk..kat johor la..
Quote yukisakura 17-12-2019 08:23 AM
Alahaii cian sangat aihh. Tapi sapa suruh over confident sangat. Adoii la Apek
Quote ninja boy 17-12-2019 08:30 AM
Hujan2 x payah jalan2 sana sinikawasan banjir
Quote cmf_premierleag 17-12-2019 08:51 AM
Carcosa replied at 17-12-2019 12:48 AM
Padan muka ko apek!
Meols perasan, yg bwk 4x4 ni kdg2 ingat dia king of road. Mentang2 lah bagak. B ...

iols stance dgn komen uols
mmg aku cashkan je puak2 4x4 nih
Quote paz 17-12-2019 08:58 AM
Tu lah uncle kena buat risk assessment dulu sebelum buat sesuatu.

Quote LadyCarefree 17-12-2019 01:11 PM
Saper  boleh tepek video melayu sskjp naik 4wd redah banjir. Best oooo video tu. Air makin naik masa depa redah last2 masuk dlam 4wd sbb tungkap buka derang sskjp dok seronok amek video. Last2 tenggelam. Menyusahkan bomba segala selamatkan.
Quote JibboTheCat 17-12-2019 01:37 PM
moga dipermudahkan urusan mereka yang dilanda banjir ni
Quote Scintilla 17-12-2019 01:49 PM
Apek ni ingat tayar dia besar boleh redah air mcm langgar lopak ke hapa? Air punya force blhh runtuh bangunan kalau dh byk mcm tsunami tu
Quote diss69 17-12-2019 02:01 PM
Lps ni mngkin dh serik xberani lagi harung banjir...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.306292 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top