CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Yang Nak Putus, Zara Tak Nak" - Hafreez Adam

17-12-2019 10:07 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 31949| Komen: 152|Original author: Oleh: rikuren

Baru sebulan pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam mengikat tali pertunangan, namun hubungan itu akhirnya terlerai.

Sememangnya ramai yang terkejut dengan berita ini.


 Kredit Foto - Hafreez Adam & mStar Online

Hafreez berkata, perasaan kecewa membuatkan dia nekad untuk memutuskan tali pertunangannya dengan Zara walaupun beberapa kali cuba menyelamatkan hubungan itu.

"Ya, betul. Kami dah putus tunang. Kami dah cuba selamatkan hubungan ini tetapi nampaknya, ia tidak boleh diselamatkan lagi," kata Hafreez.



Memetik mStar Online, Hafreez berkata keputusan itu dibuat secara matang. 

"Kami tak bergaduh pun dan saya akui, keputusan tersebut datang daripada saya. Saya yang memilih untuk take time off."



Hafreez mengakui masih sayang pada bekas tunangnya, namun nekad untuk tidak meneruskan perhubungan walaupun Zara menginginkan sebaliknya.

"Benda ini terlalu baru. Sayang terhadap Zara itu masih ada cuma pada masa yang sama, kecewa, ralat itu semua ada.

"Cuma, saya tak mahu berfikiran negatif jadi saya anggap mungkin Tuhan nak saya ada dengan keluarga ketika ini.

"Saya akui memang Zara pernah cakap dengan saya kalau boleh dia tak nak putus tunang. Tapi, untuk saya sangat susah. 

"Buat masa ini, lebih baik saya fokus kepada ahli keluarga dan kerjaya sahaja. Lagi pula, ayah baru meninggal dunia beberapa bulan yang lalu," katanya.

Kata orang, ujian dalam tempoh waktu bertunang ni memang paling hebat. Cuma yang betul-betul kuat saja boleh bertahan. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 17-12-2019 10:15 AM
mudah nya buat keputusan
tp ok la bru bertunang
klau da kawin tiba2 nak cerai..x psal dpt status janda
tp ada la tu hikmah nya
perancangan Allah adalah yg terbaik
Quote lattehazelnut 17-12-2019 10:15 AM
Dah tu knp nak tunang kalau xsedia bla3..
Quote manehnya 17-12-2019 10:17 AM
Kalau x sbb ngendeng Zara aku x kenal Sapa mamat ni
Quote ckenj 17-12-2019 10:20 AM
aku takde la minat dedua ni..tp poyo kut ckp sape nk putuskan tunang...ajet2 ja. relax2 sudah.kata hasil perbincgn ke apa ke..nmpak sgt tak mature dlm bercakap/berfikir.hewhewhehw.
Quote Zaien 17-12-2019 10:22 AM
kesian plak kt zara.. mjlis tunang grand dh.. huhu xde jodoh..
Quote makneng 17-12-2019 10:27 AM
Tawar hati ke hape?
Quote AshkieLa 17-12-2019 10:30 AM
who r yous...
ko ngendeng zara zya dengan muka byk jerawat tp boleh jd main cast drama
pastu asyik cerita pasal muka berjerawat kat media je laa yg buat aku sedar kewujudan ko..
dahh syuhhh nyahhh ko dr industri lepas ni...
Quote antidote 17-12-2019 10:31 AM
Ni pendapat aku je lah.
Kalau laki tu betul2 sayang kat ppuan, dia tak kan give up. Walau apa jua ujian yg dtg tempuh sama2. Unless dah tak ada hati sbb ada orang lain atau curang. Tp kalau Hafrez ni bagi alasan sebab  ‘Kecewa & ralat’, tapi sebab apa? Kalau bagi alasan bodoh sbb zara sibuk,tak ada masa nak jmpa, ko sblm tunang dah tau mmg zara pnya schedule mcm mna.bongok pnya hafrez ke hafez ke pape je lah nama ko. Cakap je la mission tercapai nak buat zara tu stepping stone je. Ko pun job bkn byk mana sgt. Klau btl2 sayang pertahankan la hubungan tu. besar sgt ke salah zara smpai nak putus tunang. Bila org tnya ckp sayang masih ada, puihh. Membongak je. Ok dah tu je. Bye.
Quote tagas 17-12-2019 10:34 AM
Br sedar diri tu Gayah kot
Quote TabletSusu 17-12-2019 10:41 AM
antidote replied at 17-12-2019 02:31 AM
Ni pendapat aku je lah.
Kalau laki tu betul2 sayang kat ppuan, dia tak kan give up. Walau apa jua u ...

TQ ye antidote. ko dah translatekan semua yg ada dlm pkran aku ni.
Quote Kurex 17-12-2019 10:43 AM
sebab apris ni kan gayah... tak sedia lagi utk nikmat dunia
Quote JiEunTak 17-12-2019 10:49 AM
Move on la zara....
x guna nak sedih2 n berduka lara dgn spesis sebegini.
Quote cikperiukkera 17-12-2019 10:50 AM
Banyak bunyi la mamat jerawat ni! Blablablablaaa mcm mak nenek! X minat zara tp salute mcmana dia handle. Cukup skali bg komen tp mamat ni mcm tiap2 hari bkokok.
Quote Sachacha 17-12-2019 10:57 AM
Tak abeh abeh lg si muka lubang2 ni meratib
Quote donashikun 17-12-2019 10:59 AM
Aku geli betol tgk muka mamat ni. Tak tau napa..nampak sgt gayah.
Quote manjamama 17-12-2019 10:59 AM
Zara lepas ni tak payah tunang2 dah. Kalau ada jodoh dgn org lain Terus nikah jer senang.
Quote nordin84 17-12-2019 11:02 AM
hes worth it to let go zara..cari la yg lagi hensem
Quote awanysss 17-12-2019 11:05 AM
menyampah pulak kat jantan ni..
mmg nmpk sgt tak matang..
semoga zara zya dpt jodoh lg baik..
masa bertunang kemain tak ingat bapak emninggal..
dah putus baru nak petik bapak meninggal bagai..
Quote bungamelurindah 17-12-2019 11:09 AM
yucks sgt gayah, move on zara, go go, you deserve better, yucks sgt laki tak matang gni, konon nak duduk celah family bagai, please laa, nyampahhh

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.096233 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top