CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Stoplah Ucap Tahniah, Kami Tak Buat Anak," Feeya Iskandar Jelaskan Hanya Pergi Bercuti

17-12-2019 05:15 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 8567| Komen: 28|Original author: SakuraJo

Penyampai radio, pengacara dan pelakon, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau lebih dikenali sebagai Feeya Iskandar baru-baru ini meminta agar orang ramai berhenti mengucapkan tahniah seolah-olah dia benar-benar sedang hamil. 


Ianya berpunca daripada gambar percutian di Phuket bersama suami yang dimuat naik ke akaun Instagram oleh penyampai radio Sinar FM tersebut baru-baru ini.


Mungkin rimas dengan ucapan tahniah yang tidak putus-putus dari para pengikutnya, Feeya segera menjelaskan yang dia dan suaminya Nurashid Abd Wahab hanya meluangkan masa bersama. 

Tambahnya lagi, mereka ke negara Thailand itu bukannya untuk 'membuat anak'.

"Kami tak buat anak."

"Stop lah dok ucap tahniah bagai lah. komen baby on the way lah."


Mungkin kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri ini menyebabkan ramai membayangkan yang mereka bakal menimang cahaya mata yang ketiga tidak lama lagi. 

Posting Feeya tersebut bagaimanapun disambut dengan usikan nakal yang berterusan terutama daripada rakan-rakannya yang rata-rata tetap mengucapkan tahniah serta meminta dia untuk membuat pemeriksaan kehamilan kelak. 

Kredit foto : Ig Feeya Iskandar
Ada juga yang memahami perasaan Feeya dan berkata yang banyak lagi yang hendak difikirkan semasa bercuti dan bukannya hubungan intim semata.

Kredit foto : Ig Feeya Iskandar
Mungkin Feeya masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata ketiga buat masa ini, lebih-lebih lagi dua lelaki mereka masih lagi kecil dan memerlukan perhatian. 

Kredit foto : Ig Feeya

Bukan senang tau nak membesarkan anak dan dalam masa yang sama sibuk bekerja. Anak lelaki pulak tu. Lasak!

Apa pun mungkin yang mengucapkan tahniah itu hanya sekadar mahu bergurau. Iyalah, siapa suruh sweet sangat kan. haha! -CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigi 17-12-2019 05:33 PM
itu pon nak cite ke kak piah oooooooooooooi.............
Quote doubleA 17-12-2019 05:36 PM
adoi, dah kenapa sekarang ni semua makin terhakis sifat malu?

memang la proses buat anak tu common knowledge, tapi perlu ke nak komen macam tu kat pasangan lain? dan perlu ke nak justify macam tu juga?
Quote cikatilia 17-12-2019 05:42 PM
nak buat anak kat mana2 pon boleh kan

hehe
xperlu bercuti2 sampai ke oversea gunung laut or hutan
Quote AbukRokok 17-12-2019 05:46 PM
ckap citer je buat pe
video lah
Quote belilies 17-12-2019 06:03 PM
Bodonya kapsyen. Bagus keputusan ko tanak membiak. Perlu ke sebut di ig?
Quote i_is_kennot 17-12-2019 06:24 PM
Kami pusing2 tuk tuk mabuk cocunut milkshake.. Huhuhu
Quote kakyungpilah85 17-12-2019 06:25 PM
Pasal hal puk* ko pon nak kecoh sampai masuk ig.. Peduli ape ko nak berkuda ke beranjing ngan laki ko.. Bukan masalah kami pon kok ko nak bunting semua.. Haizzzzz
Quote munchkin 17-12-2019 06:40 PM
wah nice view
Quote epis 17-12-2019 06:47 PM
Masa bercuti ke baru kene projek bt anak???? Ape lah benda mcm ni pon nk citer kt ig, lps tu benda dari ig lak dibuatnya benang kt forum, yihhh...
Quote barfi 17-12-2019 07:01 PM
Sampahnyaaaaaa
Quote slyfynx 17-12-2019 07:05 PM
Adui, post IG pun bongok, thread ni pun bongok.
Xde hasil langsung
Quote uda 17-12-2019 09:40 PM
cikatilia replied at 17-12-2019 05:42 PM
nak buat anak kat mana2 pon boleh kan

hehe

Iye, betul tu.
Sama mcm my officemate. I baru balik dr bercuti and naik kerja yesterday. Ada ke dia kata -' ai..tahun depan, dapatlah baby sorang lagi"
Quote Mary_jane 17-12-2019 11:08 PM
Si lan tu kata, tengok jari pun tahu kau buat apa. Haha. Chillax jela minah oi. Sejenis gigih gak kau ni eh.
Quote Carcosa 18-12-2019 01:18 AM
Haiwan mana pulak ni?
Quote jargon 18-12-2019 02:40 AM
Fl fb aku pon cmtu sekor,jntan lak tu..attention seekers sungguh..g holiday upload gambo hotel room ank letak atas katil dgn caption “mlm ni ulta tdo awl sket ea mommy daddy nak buat adik baru”..then klau posting lain caption pon ala2 cmtu nk blk awl la mlm ni mlm jemahat sambil tag bini..bini pon sama naik aih bangga suami tag dia gn caption camtu.,since dr zmn tunang lg overgiler showoff relationship,lepas kwen bini baru preggy 2week camtu pon serata alam canang post pregnancy test yg ade tulis 2weeks segala tu..alih2 gugur..nasib baik ade rezki lg dpt lg sorg pastu..jntan plak tu..
Quote Perawankota 18-12-2019 03:11 AM
X minat sungguh posting mcmni
Quote smeetasmitten 18-12-2019 07:14 AM
I stop dgr suria bila dia join
Quote ashilalat 18-12-2019 09:54 AM
Kalau si fieya julia aku peliklah..ni feeya mana ntah, lantak ko lah nak mengeseks 24 jam. Perlu ke nak justify?
Quote MamaMima711 18-12-2019 10:00 AM
Tak..apa masalah netizen nak sibuk hal org.duhh..pelik tul dunia sekarang

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.091227 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top