Siapa sangka masih ada pelanggan yang mengambil berat dan begitu menghargai seorang rider perkhidmatan hantar barang. Mungkin kerana peka dengan kesihatan kulit, seorang pelanggan menghadiahkan sunscreen kepada rider ini.
Hal tersebut diceritakan sendiri oleh Jalal Baharin yang bekerja sebagai penghantar barang. “Tidak sangka tengah hantar barang tetapi pelanggan bagi pelindung kulit dekat aku. Aku dari tadi cari di Google apa benda yang pelanggan bagi ni. “Rupanya lindung kulit daripada matahari, ada juga manusia yang ambil berat pasal kulit aku, penunggangkan. Kena panas terik semua,” tulisnya di Twitter.
Ramai warganet yang menyukai hantaran itu dan menganggap ia sebagai hadiah yang unik. Ada juga yang memberikan tips bagaimana ingin menggunakan sunscreen tersebut supaya tidak tersalah cara memakainya. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
ADVERTISEMENT