CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Cukup-cukuplah Drama Cinta' - Fattah Amin

18-12-2019 10:33 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 14466| Komen: 86|Original author: Oleh: natrahn

Fattah Amin memilih untuk memperlahankan lakonan drama selepas mendirikan rumah tangga serta tidak mahu dilihat hanya mampu melakonkan watak dalam naskhah cinta sahaja.

Watak lelaki diulit dunia percintaan sudah enam tahun berada dalam genggamannya. Bukannya bosan, sebaliknya belliau mahukan karakter yang lebih menguji diri. 




“Saya tidak mahu dikenali sebagai pelakon 'stereotype'. Rasanya, sudah cukup saya tampil dengan drama yang mengusik hati.

“Saya tahu penonton sukakan drama cinta yang membuai jiwa, tetapi sampai bila? Sebagai pelakon, saya mahukan karakter yang lebih menguji lakonan.

“Bukan tiada tawaran, sebaliknya saya lebih selektif. Saya pastinya takkan melepaskan tawaran sekiranya watak dan kisah yang dipaparkan berbeza.

“Saya tidak mahu mengambil watak sama. Mungkin saya hanya menerima tawaran satu drama setahun. Tahun ini, saya hanya muncul dalam drama Cetera Hati Diya siaran TV3. 


"Saya mahu membuktikan saya mampu membawa watak yang berlainan.” ujarnya memetik laporan Berita Harian.




Fattah kini memilih untuk beraksi di layar perak selepas filem KL Special Force, yang ditayangkan Mac tahun lalu, mendapat sambutan hangat.

“Wajah saya mungkin jarang kelihatan di kaca televisyen, tetapi saya lebih memberikan tumpuan dalam dunia perfileman. Alhamdulillah, saya sudah menyelesaikan penggambaran tiga filem, Mat Kilau, Deleted dan Mimaland, tahun ini.

“Sepatutnya, saya turut menjalani penggambaran sebuah filem bergenre aksi terbitan secara usaha sama produksi Malaysia dan Mongolia, hujung tahun ini, tetapi ia ditangguhkan ke awal tahun depan.

“Insya-Allah, saya akan membintangi beberapa filem lagi, pada 2020. Jadi, istilah mengatakan saya sudah tenggelam tidak betul,” katanya lagi.


Kredit foto: Youtube : Memberku Hawa

Untuk rekod, Fattah Amin mula diperkenalkan menerusi drama Memberku Hawa pada 2013. 

Baru-baru ini pula, Fattah tetap menjadi pilihan peminat hingga diangkat sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Edisi Ke-32 (ABPBH 32).

Selamat maju jaya Fattah Amin. - CARI
9

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizkajura 18-12-2019 10:35 AM
Sorry. Cerita kau n Bini kau sari pun Aku tak tgk hahaha
Quote Knowlee 18-12-2019 10:57 AM
Tang mana la hensem dia ni...
Quote giyomi 18-12-2019 11:01 AM
berlakon lagi ker dia ni...npe lar taste netizen hauk sgt. Sampai bole menang abph
Quote mawar_mustika 18-12-2019 11:19 AM
cube bawak watak psycho
Quote sokmogitu 18-12-2019 11:22 AM
baguslah..pilih naskah yg menguji kemampuan diri. Selama ni bawa watak biasa2 org kutuk kata kayu, aku rasa lately dia belakon best je. Yg mengutuk mungkin tertengok lakonan dia masa awal2 dulu kot. Umi aida dlm pengantin popular pun kayu..rosyam nor pun sama. Last2 korg puji juga bila diorg selektif
Quote natrahn 18-12-2019 11:27 AM
sokmogitu replied at 18-12-2019 11:22 AM
baguslah..pilih naskah yg menguji kemampuan diri. Selama ni bawa watak biasa2 org kutuk kata kayu, a ...

Masa mula-mula dulu FA memang kayu abis...First tengok dia masa dia belakon Playboy Itu Suamiku dengan Risteena Munim... dengan kurus keringnya hehehe..

sekarang dah nampak natural sikit... pelakon bagus cuba macam-macam watak...

Barulah dikira berbakat kan...

Watak orang gila/psiko n lelaki lembut  belum lagi ... Harap ada produser offer watak-watak macam ni

Quote anony-mous 18-12-2019 11:29 AM
Tp dlm erm kayu kayan. Nada heols boring. Mendatar jah
Quote bondeh 18-12-2019 11:30 AM
meolls ok je tgk bamtah berlakon watak kelakar bengong2
Quote Kurex 18-12-2019 11:32 AM
rehat teruslah...
Quote Cassieopeia 18-12-2019 11:45 AM
tak payah amik akasia tv3 tu ke drama2 kat astro ke memang dok cinta tak sudah...
Quote rospinki 18-12-2019 11:57 AM
tu la pasal..aku tertgk drama shanaz hati ku berkata2...apa punya cerita hang ..gaya mcm nk belakon filem aksi..skli filem leleh..cintan cintun..tu blom tahap muntah ijo tgk drama mf asik2 jalan cerita sama.
Quote seri_mawr 18-12-2019 12:02 PM
FA ni dah kurang ke kayuan dia berbanding cerita Playboy itu suamiku....

ada kemajuan....

Quote aemon 18-12-2019 12:02 PM
I minat you pattah tapi kadang2 you sebut macam tak jelas la.lidah macam pendek.
Quote Rogue98 18-12-2019 12:16 PM
X payah lah drama cinta lagi. Elok berlakon drama aksi. Lebih sesuai. Tapi Fattah jgn lah nak jaga kulit muka sangat. Biarlah gelap2 sikit supaya nampak manly.
Quote de_ikea 18-12-2019 12:19 PM
Utk iols fattah dah ok berlakon. Tak level wow, tp byk improvements. Tp suara heols mmg x berapa best dlm lakonan
Quote Mfzg89 18-12-2019 01:51 PM
1) cukup2 la jadi kayu.
2) cukup2 la autotune.

sekian..
Quote BicaraHatiku 18-12-2019 01:53 PM
Edited by BicaraHatiku at 18-12-2019 01:57 PM

dah makin malap yachh... lepas kawin je fans pun krik2 x seghairah dulu.
Quote sayang_mulut 18-12-2019 01:55 PM
sendu sket dah kan die ni lepas kawen
Quote cicicumel 18-12-2019 02:10 PM
sendu laki bini.. sedihhh...

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.100110 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top