"Saya makin sihat mental dan fizikal. Dalam fasa itu, saya dapatkan khidmat rawatan moden dan tradisional." Akhirnya setelah beberapa bulan menderita, Remy Ishak mendedahkan tahap kesihatannya masih di tahap kurang memuaskan. Bagaimanapun, pelakon itu bersyukur kerana semakin pulih dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Menurut Remy, dia banyak meluangkan masa bersama rakan dan keluarga. "Pembabitan dalam beberapa projek juga membantu saya fokus benda lain dan lupa seketika masalah dihadapi," katanya kepada Harian Metro.
Remy kini menjalani penggambaran drama Gadis Bukan Biasa iaitu drama bersiri yang diangkat daripada novel dengan judul sama dan ditayangkan sempena Ramadan tahun depan. Apabila ditanya perancangan 2020, Remy enggan meletak sebarang sasaran untuk dicapai. "Saya tak berani letak harapan untuk tahun hadapan. Cuma, saya ingin menjadi lebih baik dan lebih berjaya dari apa yang dah dikecapi. "Dari segi kerjaya, ada beberapa tawaran filem. Bagaimanapun, saya masih meneliti dan memilih watak yang bersesuaian." Dalam pada itu, Remy yang turut hadir sesi uji bakat teater Puteri Gunung Ledang mengakui dia gementar, namun menganggap ia adalah proses biasa yang perlu dilalui mana-mana pelakon. "Orang mungkin nampak ia perkara biasa untuk pelakon seperti saya, tetapi jujur, saya seram. Proses ini sebenarnya perkara biasa. Kalau diminta hadir uji bakat, mana-mana pelakon perlu datang. "Bagi saya, tiada istilah pelakon baharu atau lama. Setiap kali berlakon dalam naskhah baharu, saya anggap diri sebagai orang yang baru belajar. Saya mahu dikenali sebagai pelakon versatile dan tidak hanya sebagai pelakon hero romantik." Wah! Dah lama tiada cerita, sekali muncul berderet projek Remy Ishak. Cuma satu soalan ja tak tanya, dah jumpa calon pengganti? - CARI |
Themilo replied at 18-12-2019 03:30 PM
@Kurex jangan mengada-ngada nak bersandar-sandar kat lengan abam remy!!
heols baru jaa nak sihat. ...
Themilo replied at 18-12-2019 03:30 PM
@Kurex jangan mengada-ngada nak bersandar-sandar kat lengan abam remy!!
heols baru jaa nak sihat. ...
sarah82 replied at 18-12-2019 07:37 AM
Themilo dan kurex suka abam remy?
Themilo replied at 18-12-2019 04:01 PM
@kurex ni, pantang ada bideo leak, semua dia sapu. yang kekar, yang mantap, abam jul, sapik kail, ...
Themilo replied at 18-12-2019 04:01 PM
@kurex ni, pantang ada bideo leak, semua dia sapu. yang kekar, yang mantap, abam jul, sapik kail, ...
Kurex replied at 18-12-2019 04:37 PM
ambik la nazimah.. nazimah pun badan ketul2 uols.. sian nazimah
sarah82 replied at 18-12-2019 03:37 PM
Themilo dan kurex suka abam remy?
kiyudi replied at 18-12-2019 05:15 PM
hello kiyudi dh sign kontrak seumur hidup as pemenat wemy
cikatilia replied at 18-12-2019 05:00 PM
sapo amik nazimah
kejap ja menjanda yach
ADVERTISEMENT